Monday
TRANSFORMASI MAHASISWA: IDEA PLASTIK ATAU PERSONAL SKEPTIS?
2 malam lepas baru saja saya mendengar satu forum yang bertajuk Transformasi Mahasiswa. Tiga ahli panel dari 3 buah kampus yang berbeza. Saudara Abu Kassim, timb Presiden PKPIM Nasional dari kampus UIA kuantan. Saudara idris dari UKM mewakili GMMA manakala saudara berbaju pink, faridzul dari UIA gombak yang mewakili GAMIS. Saya kira ketiga-tiga mereka adalah ikon gerakan mahasiswa dalam pertubuhan masing2. Tidak diragui lagi.
Tuan moderator? Amat saya bangga. (orang klate tu..hehe)
Saya tidak berminat untuk mengulas panjang apa yang telah dibincangkan semalam. Namun saya tertarik apabila ada dari kalangan audien yang bertanya:
“ Kenapa perlu berbicara tentang perkara yang besar sedang banyak lagi perkara kecil yang belum kita setel?”
(lebih kurang maksud…ayat sebenar sungguh panjang..)
Ada yang menyentuh tentang jangan hanya bercakap tentang perkara nasional semata sedangkan bagaimana dengan solat jemaah di kalangan mahasiswa, sikap dalam belajar dan pelbagai isu-isu sekitar kehidupan mahasiswa.
Saya tegaskan. Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini. Malah jika ada saya akan salahkan diri sendiri. Mungkin fahaman pembaca silap kerana kesilapan bahasa saya.
Hanya apa yang saya nak timbulkan.
Bila ada yang mempersoalkan sebegitu, adakah benar idea transformasi mahasiswa hanya plastik? Ataupun kerana personal skeptis?
Saya akui, saya juga tidak sukakan idealisma- idealisma yang retorik, terawang- awangan dan jauh dari jangkauan logik saya. Kerana, bagi saya ianya tidak menyelesaikan masalah secara direct, the real problem, malah kadang-kadang boleh menimbulkan masalah yang lain.
Namun, bukan lah sikap saya untuk terus menolak apa yang saya tidak suka. Dalam situasi sebegini, sikap pesimis terhadap sesuatu yang baru harus dielakkan. (Transformasi mahasiswa sesuatu yang baru ke?)
Adakah kerana kita rasa ianya tidak realistik lalu kita sewenang mengatakan ia tidak penting @ tidak sepatutnya dsbnya?
Adakah kerana ketidakmampuan diri kita menerima idea – idea besar ini menyebabkan kita menolak gagasannya?
Bukankah itu tandanya kita pesimis dengan sesuatu tanpa berfikir panjang?
Nabi pernah bersabda, seperti yang pernah dilaporkan Imam Bukhari yang bermaksud ;
“Kaisar Parsi akan hancur dan tidak akan ada lagi kaisar selepas itu. Kaisar Rom juga akan hancur dan tidak akan ada kaisar selepasa itu. Harta- harta rampasan akan diagihkan pada jalan Allah”
Waktu itu apakah kekuatan yang umat Islam miliki dibandingkan Rom?
Apakah waktu itu teknologi umat Islam lebih hebat dari parsi?
Ataupun Islam sewaktu itu punyai Men power yang ramai?
Nope!
Namun,Umat Islam di kala itu optimis dengan kata-kata nabi, sebagai seorang pemimpin.
Kemudian,hadis ini telah berjaya meningkatkan motivasi dan semangat umat islam untuk terus berjuang. Akhirnya, empayar Parsi jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke tujuh Masihi dengan kejatuhan ibu kotanya Ctesiphon. Tentera- tentera Islam pada masa itu dipimpin oleh Saad bin Abu Waqqas.
Rom pula jatuh ke tangan umat Islam pada zaman empayar Uthmaniyah pada tahun 1453 Masihi dengan kejatuhan kota konstatinople di tangan Raja Muhammad II ( sultan Muhammad Al-Fateh).
Tun Mahathir sewaktu hayatnya sebagai Perdana Menteri, beliau memperkenalkan Wawasan 2020. Waktu itu, 1990 an.
Apa kekuatan yang dipunyai Malaysia?
Bagaimana paras intelektual rakyat Malaysia?
Berapa ramai yang menentang penubuhan KLIA waktu itu
Berapa ramai yang membangkang kewujudan Litar Sepang waktu itu.
KLCC… Menara KL… dan pelbagai perancangan dalam wawasannya.
Kerana beralasan tidak realistic dengan semasa. Kerana Kita masih belum selesaikan perkara-perkara sekitar lain (baca : mainly focus on kebajikan, pendidikan, dsb)
Hari ini,Benarkah wawasan itu tidak realistic?
Opss..skali lagi saya tidak menunding pada sesiapa (+_n)
Islam agama dulu, kini & masa depan, dan tidak akan pernah ada kerja yang sia-sia selagi mana ia dilakukan atas tiket menegakkan Islam.
“Just do our job and let they do theirs. Mission is a business among leader and followers”
Pupuk semangat ‘kekitaan’, bukan ‘keakuan’
~Perkukuh kesatuan perhebat dakwah ~
Tuesday
IT'S ANOTHER STORY
saya tidak berpuas hati. Stress berlapis-lapis. Hampir 2 minggu menyusun gigi, namun ada saja yang tidak kena. Gigi kacip kurang jongang la, gigi taring tidak cukup sudut lah. Geraham yang tidak sebaris lah. Apa-apa jela.
“What do you mean by that?” pensyarah saya bertanya kembali. Dia tersenyum.
“umm… recently, I always observe people teeth. And what I see that most of them do not have perfect arrangement of teeth, but they still can eat… can chew… so why we must do a perfect denture, dr.?”
“What are the functions of denture?” pensyarah saya bertanya
“Mastication… speech… and esthetics?” saya menjawab. teragak-agak
“Yes, mainly for mastication (read : mengunyah). What does a denture unlike natural teeth?”
“Err…”
“Nerve. Denture lacks of nerves. natural teeth have nerve to sense the mastication. Trough nerve, we can feel the right position for our teeth to chew. Unlike denture, no sensory to control the position, so, it is very essential to produce a perfect arrangement of teeth to optimize the masticatory system.” Jelas penerangan beliau. Kini saya sudah faham. Tanpa rasa, gigi sukar berfungsi! (n_n)v
***
Jika gigi pun perlukan ‘perasaan’ untuk menjalankan tugasnya apatah lagi makhluk ciptaan Allah yang dinamakan manusia.
Ramai yang mengharapkan kesempurnaan fisikal demi menyempurnakan roda kehidupan ini. Kebahagiaan diukur dengan kelengkapan asas yang cukup, isteri yang cantik, anak-anak, pekerjaan yang baik, dan kehidupan yang terisi dengan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan.
Ahh..jangan terlalu fikir jauh..sedari apa yang berdekatan kita. Saya turut sama. selalu mengharapkan kesempurnaan fisikal demi kesempurnaan kehidupan harian.
Yi!
Tanpa motor hidupku ‘tak sempurna’…
Tanpa handset rangkaianku ‘tak sempurna’…
Tanpa laptopku sendiri kerjaku ‘tak sempurna’…
Kadang- kadang alatan-alatan yang tidak bernyawa dan berperasaan ini mengambil alih perasaan bergantung saya pada YANG PALING DI AGUNG DI SANA.
Sedikit sebanyak saya mula menjadi seperti si gigi palsu…yang terpaksa mengharapkan kesempurnaan fisikal demi meneruskan fungsinya…
“ …orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”
Surah Al-Ra’d : 28
P/S : sayangi gigi natural anda..jaga ia elok-elok. Once dah kena cabut, anda akan hilang salah satu deria ke enam…
Sunday
Monday
CUTI TERPAKSA...
yang suspek, stay
clear, boleh pulang ke rumah.
me?- alhamdulillah still clear but don't want to go back home la...hehe
cuti tiba2 ni sakit kepala jugak. byk benda tergendala.
yup. if i think in that way, it is likely i'm the selfish person...
sanggup mengenepikan mudarat lebih besar utk kepentingan diri sendiri.
sekali skala wala' kat admin apa salahnya. hehe
final decision : ok..balik..(n_n)
umm..ni ada beberapa nasihat dari doktor td: just want to share.
sape2 yg xde simptom ap2 lagi, disarankan jaga molek2 personal hygiene. minum bayk air, bykkan makan protien (ikan,ayam dsbnye), amik byk vitamin cam betik, oren. bersenam. pastu selalu berada di kawasan udara terbuka.
kullu nafsin zaa ikotul maut!
that's for sure. tapi kita berhak menentukan bagaimana kita mati.
hope husnul khatimah..
ws
Saturday
DEMONSTRATION THEORY: FROM MEDICAL VIEW
Perhatikan…
Sebelum saya 'mengarut' lebih jauh. Adalah lebih baik kita fahami satu asas penting dalam ilmu imunisasi (immunology), action of antigen-antibody.
Subahanallah… maha hebat ciptaan Allah. Dia menjadikan asas pertahanan badan manusia dengan sebegitu sempurna. Yang dapat terus memberi reaksi atas segala serangan mikro organisma2 (bacteria, virus,fungi dsbnya) yang memudaratkan. imunisasi badan yang kuat, InsyaAllah x jadi fever etc, tapi jika sistem pertahanan badan dapat ditembusi maka badan akan sakit, fever dsbnya.
Maha suci Allah. Dia jadikan mikroorganisma2 ini dengan dilengkapi signal masing2 yang memudahkan pertahanan badan (antibody) utk mengesan kehadirannya. Signal ini lebih mudah dikenali sebagai Antigen.
bayangkan, jika bakteria2 ini memasuki badan tanpa memberi signal? Lantas terus menyerang segenap bahagian sel, tisu, organ2 dan disudahi dengan melumpuhkan sistem2 dalam badan kita? Jadi signal itu penting dan jika dilihat, Ia adalah sebenarnya satu kepentingan.
Dalam kes demam, doctor biasanya meletakkan prescription antibody sebagai ubat dan ayat wajib yang dituturkan “mesti makan sampai habis deh!”
apa jadi kalau xmakan sampai habis? Inilah yang menarik…
Satu sifat antigen adalah mudah mengadaptasi. Selepas invasion yang pertama, jika bakteria2 ini tidak dihapuskan sepenuhnya mereka akan cuba mengadaptasi cara pertahanan yang dilakukan antibody dan mencipta satu serangan yang lebih hebat dari sebelumnya. Signalnya lebih susah dikesan antibody. Dan bacteria itu dikatakan imun dengan antibody.
Dan buat invasion kedua, doctor akan memberikan kuantiti antibody yang dua kali lebih dari sebelumnya. Demi memerangi bacteria yang lebih bijak!
Due to environmental factor, adaptation factor, etc the microorganism can lead to mutation!
Antara cth pada hari ini adalah H1n1 sendiri. Mutasi virus gabungan manusia, burung dan babi. Kesannya? Virus yang mampu menjadi pandemic. Menghuru-harakan donia… menginsafkan sesiapa yang mengambil pengajaran darinya…
Dari sebab itulah pengamal perubatan tidak menggalakkan kita terus menerus mengambil antibody sebagai ubat demam. Tambah2 kalo kita ni makan xabes. ( takut ubat tu! Hehe)
Mencegah lebih baik dari merawati. Jaga kesihatan dengan aktiviti2 dan diet yang sihat. Dan sekalipun demam, it's better to use the natural way. (minum air byk2, makan buah oren dsb)
Kerana antibody yang dihasilkan badan kita sendiri sebenarnya sudah mencukupi. InsyaAllah.
*Tamat cerita*
Bayangkan…
antigen adalah suara demonstrasi
antibody adalah kementerian pertahanan yg terlibat
suatu hari,disatu tempat, badan kita luka, bacteria memasuki badan, bertujuan memberikan signal. Luka ini harus segera diubati!
Di suatu masa, kerajaan buat silap, suara demonstrasi bangkit, menyatakan perkara ini harus diperbetulkan ( kita mesti igt, demo adalah jalan yang dipilih setelah suara tidak didengari secara baik)
Lalu kerajaan menghantar antibody2 yang berupa pasukan merah yang lengkap bersenjata. Demi menangkis suara demonstrasi yang salah dari sudut pandangannya.
Demonstrasi secara jasadnya. Berjaya disuraikan, namun ‘luka’ masih belum terubat. Kali kedua suara demonstrasi bangkit, kali ini dengan persiapan yang lebih rapi, kerajaan pula menghantar pasukan merah yang lebih ganas. Sehinggakan sel2, organ2 yang tidak bersalah, yang tidak terlibat turut terkena tempiasnya. Dan kerajaan masih belum lagi merawat luka. Hanya menumpu untuk melawan bacteria. They solve the presented problem, not the real issue.
Tidak mustahil suatu hri nanti, tatkala bacteria itu bermutasi, dan luka itu masih belum dirawat, keadaan menjadi lebih buruk.
Apabila suara demonstrasi tidak didengari, kezaliman pasukan merah merajai, Sejarah yang telah berlaku dahulu mungkin berulang. pernah di Malaysia, taiwan, Thailand, dan tempat2 lain
korban hasil dari rusuhan rakyat yang berlaku dek kezaliman pemerintah yang terus menerus.
tragis dari kebangkitan suara rakyat terhadap pemerintah
Apakah kita mengambil pengajaran darinya?
Apa lagi nak dikata….
Monday
DENTAL PRACTITIONER CAREER: WHAT SHUD I COMMENT? HUU
A warm reminder
It’s a good advice that wakes me up. This week we have the clinic practical and prostho lab every day. Tiring but it excites me up! Yaa..True...Feel stress when it comes to time handling the sophisticated, ‘hundred-button’ dental devices and machines. Stress added up when I was being scolded..hu (for some kind of misunderstand- natural thing kot =p)
However, after 1 year in dental program I start to see this field in many aspects and views. Dental practitioner is not only people who frighten me up with sharp dental instruments like what Mr. Bean has imagined. Instead, they carry a nice job. (….self-promotion loh!). For me, being a dentist practitioner is not only about practicing medical science; but also applying arts and sometimes I feel like a technician... everything is mixed up! Cendol pulut tapai I guest la. Heh
First rule that I learn for being a good dental practitioner is TO ALWAYS TAKE GOOD CARE ABOUT CLEANLINESS...(Actually for all health worker =p)… everything must be disinfected, at most of the time, and in most of your move! At first, I really ‘kekok’ to do all this simple2 thing…like wash my hand regularly with 7 step hand washing and in correct technique.. Really something! Hehe but the reason behind it makes me enforce myself to make it as habit.
One of my lecturer says “you must really take good care of the cleanliness… what will you answer later to Allah if the patient got sick because of your carelessness?”
Yi!!
What shud I say?
‘If it is because of my carelessness…’
Other than that, there are many2 rules that I must stick to as the condition to be a good dental practitioner… and I.A within 5 years I’ll grad as a dental practitioner.
Uh. Boring .Let’s changed the story.
Um..let say…
TO BE A GOOD MUSLIM: WHAT SHUD I DO?
Yi!?
Of course I must learn to be a good Muslim, practice the rules and make them as habit!
What are the rules?
Of course…Al- Quran, hadith
Yet, by hook or by crook if I want to ‘grad’ as a good Muslim I must do enforce myself to follow all the rules (mujahadah kot!)
Yak??!!
If not doing so?
Pikir la sendiri! Huh
apa lagi nak dikata...
p/s: gambar2 yg bkenaan tak dapat nak transfer. aii...sabarr
Friday
BUKAK SKOLAH DAH?...AIYOOO
jika sepuluh tahun yang lalu saya sibuk dengan perihal baju baru, kasut baru, beg baru, buku baru dan juga cikgu baru kini, berada di medan universiti, itu bukan perkara utama lagi..
berlegar-legar di minda saya "bagaimana persiapanku untuk mendepani 9 subjek baru nanti? (3 subjek hari tu pun dah huru-hara..hu)"
menginsafi diri, saya berazam untuk tidak mahu lagi terjerumus dalam kancah 'kegagalan akademik'
"err...kegagalan yang macamana tu ton?"

tokoh-tokoh ilmuan islam adalah contoh manusia yang sangat menghargai ilmu. cinta mereka pada ilmu semata-mata demi mendapat redha Allah. sedang saya??
"Abu Jaafar al-Qashari, seorang fakih yang warak ada menyebut bahawa selama empat tahun penanya tudak pernah kering..."
suatu hari dia mengunjungi yahya bin Umar, salah seorang gurunya. dia mendapati banyak buku di sana namun dia tidak punyai wang untuk membeli riqq (sejenis kertas dari kulit) sehingga dia tidak mampu menyalinnya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjual baju yang di pakainya demi membeli riqq. MasyaAllah..
Rasulullah bersabda "siapa yang menempuh perjalanan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jaln ke surga"
Ya...saya perlu mencintai ilmu. no. saya mau jadi pencinta ilmu..
"habis tu, ton, jadi kaki study la pasni ye? tak nak terlibat dah ke dengan aktiviti persatuan? dakwah? kawan2?"
HaHaHa..izinkan saya gelak sesaat 2.
pembunuh senyap!
seringkali saya tersepit bila dicampakkan pilihan. lebur bersama kerja dakwah? ataupun ralit dalam timbunan buku? sementelah ungkapan akademik no 1 dakwah bukan no 2 seringkali dimainkan.
saranan buat diri ini "pilihlah yang terbaik buat dirimu. jangan sampai engkau meninggalkan keduanya. bukankah ada hadis yang menyebut lebih kurang maksud "ulama' yang paling bertakwa adalah yang berani berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim" ?
menuntut ilmu juga sebahagian dari strategi dakwah. tanpa Ilmu di bidang kita, bagaimana mahu menewaskan musuh yang cemerlang 'Ilmu'nya?
kebenaran yang tidak tersusun akan dapat ditewaskan oleh kebatilan yang tersusun. lebih kurang kata2 Saidina Ali Karramallahu wajhah
juga diperhatikan, sindrom rendah diri turut disumbang oleh faktor akademik. memalukan. kerja dakwah di luar hebat dan mantap namun 'berani' ponteng kuliah-kuliah wajib di universiti.
akibatnya? menjadi 'bintang popular' dalam kelas. saya bukanlah menunding kepada individu yang punyai keputusan akademik yang rendah, kerana itu bukan isunya.
yang perlu diberi lebih perhatian adalah sikap dalam menuntut ilmu. bagaimana akhlak dengan guru, adab belajar, ketepatan dan penghargaan terhadap masa, hubungan baik dengan sahabat seguru dan juga sifat merendah diri sebagai seorang murid.
lulus atau gagal?
itu percaturan Allah. kerjamu..cintailah Ilmu
(n_n)
Tuesday
BUNGA UNTUK AYAH??
budak lelaki tu. namanya ashraf. umur 10 tahun. satu waktu, dia datang kat saya.
"c'ton, apat( cepat) la antar long balik" 2 3 kali dia memujuk, namun saya buat2 pekak badak. sugul. kecewa dengan mak sedaranya yang hampeh, dia hanya diam di sofa.
lebih kurang 2.30 saya meminta izin mak untuk menghantar along & angah (ank2 sedara) ke rumah mereka.
adik saya, amalina turut menemani
sesampai di rumahnya. ashraf terus mendapatkan abahnya. sedang ketika itu, abahnya ralit tido2 ayam. menelangkup muka dengan tangan. baring di ruang tamu.
"abah, apat peje mato!" gesa ashraf tatkala melihat abahnya membuka mata.
"apatla" abahnya hanya tergelak kecil. lantas memekup mukanya
ashraf tiba2 mengeluarkan sekuntum bunga dari beg sekolahnya. bunga plastik. warna kuning.
"haa, buko mato." dia menghulurkan bunga itu kepada abang iparku.
abang iparku senyum. mengusap kepala anaknya.
ashraf berlari. malu.
saya mendapatkannya dan bertanyanya. "bakpo wi bungo ko abah long?"
"long nak adi anak abah. hehe"
saya turut tergelak.
abis..bunga tuk c'ton takdak ka????
sekali lihat, tiada yang istimewanya cerita ini. sekuntum bunga dari anak yang berusia 10 tahun kepada bapanya sempena hari bapa. namun ianya sangat istimewa buat saya.
anak kecil itu bukan budak biasa. dia seorang kanak-kanak hyperaktif, yang masih belum pandai membaca,menulis, mengira, sekalipun menyebut A B C sehingga Z
beberapa konsonan tidak dapat disebutnya dengan baik menyebabkan perkataan yang di tuturkan sukar difahami (adiknya selalu jadi translator)
namun dia bukanlah kanak-kanak yang mengalami terencat akal...nauzubillah. cuma kelembapan dalam pertumbuhan intelektual.
siapa tahu, siapa mengerti, anak kecil yang bernama ashraf itu sangat menghargai abahnya.
mengorbankan separuh belanja sekolahnya hari itu untuk membeli sekuntum bunga buat abah yang tersayang
pengajaran besar buatku...
yang masih tak reti-reti nak... mintak maaf dengan ayah
huhu
SELAMAT HARI BAPA!
(21 ogos lepas)



