Wednesday


EXPRESS THROUGHOUT PIC! ~ BY FAIZ...

sesungguhnya saya tersenyum sorang2 bila tengok pic ni. =D

Tuesday

PLEASE DON'T SMILE CONSCIOUSLY!


petang itu, usai peperiksaan praktikal prothetic di lab, saya tergesa-gesa mengemas. berhajat keluar dan mencari makan di kafe. di tengah perjalanan keluar lab, en.mat, juruteknik pergigian menegur,

"zaiton, kenapa 2 3 menjak ni saya nampak kamu selalu sedih je?"

pantas saya menjawab, spontan" mana ada en.mat, saya rasa sayalah orang yang paling ceria. haha" saya tergelak. but still in a good manner =)

en.mat hanya melihat gelagat saya. tersenyum. mungkin dalam hati dia fikir 'dah xbetul ke budak ni' haha

beberapa saat selepas ketawa. saya dapat rasakan otot pipi saya kejang. kebas. melenguhkan.

namun sebentar kemudian.saya lantas pulang. menuju ke kafe mencari sesuap makanan =p

the end of story

mesti ada yang pelik, apa point nak crita sebenarnya.. hu~ itu baru mukadimah.


TO BE CONT... please don't smile consciously!


PERASAN LETIH...=D

PENGUMUMAN...

BLOG INI AKAN MENGALAMI PEMBEKUAN 'UPDATING ENTRY' BAGI SATU JANGKA MASA YANG BELUM DITETAPKAN. PENULISNYA MEMANG PERASAN LETIH + SIBUK. JADI SAYA MEMOHON MAAF ATAS RASA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI. JUTAAN TERIMA KASIH YANG SUDI BAGI SOKONGAN SEBELUM2 NI. (AYAT PERASAN POPULAR ~HU)

SEMOGA KALIAN DAN SAYA DIBAWAH KEREDHAAN ALLAH.. AMEEN.. WS

Thursday

STEP FORWARD


When the day comes

We shall not remain for fortune

We shall...

No!

MUST put all this 1 year effort to end it perfectly

Never regret

Never step down

Never quit!

That jihad is calling for our responsible

We are not choosing one from two

Instead we create two from one

Are we?

Fail or pass not us who decide it

But we have to run after it.

Coz the success ain’t waiting for us

Wednesday

YA ALLAH...

kes 1 :"akak, saya tak tahu saya agama apa sekarang ni. iman saya sangat2 lemah sekarang. takde orang pun nak didik saya. saya tak nak jadi murtad."

seorang adik yang saya kenal. begitu terkejut menghadapi realiti ini. saat mana dia mengatakan bahawa dia tidak suka mendengar azan, dia mula ragu dengan Islam, cemburu dengan nabi (nauzubillahi min zalikk)

punca sebenar sukar untuk saya tafsirkan. saya masih cuba memahami.


kes 2 : "akak, saya ada kawan lelaki, dia sama umur dengan saya, tingktn 5. bersekolah di kelantan. saya dapat tahu dia ada ambil pil kuda. saya pernah tegur tapi setakat tulah. saya risaukan dia. macamana akak?"

seorang lagi adik yang saya kenali ketika program 'masih ada yang sayang' di benteng & Teluk cempedak ( campro ) tahun lepas. dia tertekan antara untuk berubah dengan suasana sekeliling dan kawan2 yang melemahkan.

***tamat kes***


kedua2 kes ni saya masih dalam kebuntuan. apakah asbab lewat tindakan saya atau lemahnya pemikiran dakwah saya mempu merosakkan lagi situasi keduanya?

sahabat yang punyai cadangan, saya amat harapkan... semoga Allah melindungi mereka dan kita.


Monday

JUST FOR ALL ROMEOs

Romeo?

Tapi tak salah jika kita gunakan pada lelaki yang ada ciri-ciri romeo. Kan?

Maaf.Saya sekarang bukan bercakap mengenai lelaki yang memang jelas ‘kebuayadaratan’nya. Yang selalu menukar ganti teman-teman wanita ibarat menukar baju. Yang memang jelas dia tidak memahami apa tuntutan memilih pasangan

Ada hadis menyebut :

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saya focus kepada lelaki yang mengetahui tuntutan memilih pasangan namun tetap meletakkan rupa pilihan pertama. Mereka-mereka ini patut kita gelarkan si romeo.

Sepertinya romeo dalam lagenda yang terus terpikat pada Juliet setelah melihat rupa Juliet yang sungguh mempesonakan. Sehingga meletakan pengorbanan yang maha hebat demi cinta yang dibina.

Saya bukan bercakap tanpa basis dan bukti. Basisnya, realiti si bunga yang cantik pasti cepat dikhitbah. Buktinya, sila cek diri masing-masing (wahai kaum romeo) bagaimana bermulanya kamu terbuka pintu hati untuk melamar seseorang? Kamu sendiri punyai jawapannya.

Saya tidak menunding kepada semua lelaki. Saya yakin ada yang ikhlas dalam memilih pasangan demi ISLAM. Namun penyakit Romeoism ini semakin lama semakin menular di kalangan kaum Adam yang kadang-kadang tanpa segan silu mengatakan “ dapat rupa tu kan satu nilai tambah yang baik,” sedang hatinya dari awal bertujuan itu.

Dan saya sedar, jika penyakit ini berterusan, konsep asal sebuah perkahwinan mungkin akan disalah ertikan. Semestinya perlu di ingatkan, perkahwinan bukanlah penyelesaian kepada masalah-masalah hati sepenuhnya. Malah ia adalah antara satu agen dakwah yang terpenting ke arah pembinaan gagasan khilafah yang lebih besar. Seharusnya ia di bina dengan cematan dan dipelihara tuntutannya.

Bukannya untuk keperluan si romeo!

Sekali lagi ditegaskan, saya bukanlah bertujuan menebalkan tembok pemisah gender, jauh sekali menjadi mangkin pengasas aliran feminism anti-lelaki. Semoga teman-teman memahami.

Tujuan saya hanya satu, menegur atas dasar, perkara yang silap boleh diperbaiki… Kerana saya peduli....

Saturday

Mahmoud AlMabhouh Assassination in Dubai - Muslim Analysis

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS AS-SYAHID MAHMOUD ALMAHBHOUH








DEMAM EXAM?

Musim-musim exam ni ramailah yang akan demam. Fakta ini bunyi seperti satu kisah lama yang dicerita turun temurun. Nak exam. Ramai demam.ramai demam bila exam.dan exam…dan demam..ohh…

Namun jika diteliti ada benarnya menurut pandangan saintifik. Kita maklum, musim peperiksaan adalah musim yang sungguh menekan emosi. Hampir setiap masa berkurung di dalam bilik, mengadap buku ( bagi yang sebegitulah) sedang, akal yang sihat perlu untuk turut menikmati ‘makanan’ yang pelbagai (aktiviti social, sukan, dll).

Nah, bila keadaan stress berterusan, tahap antibodi badan akan lemah lantas mudahlah untuk infeksi dalam badan berlaku.

Selainnya, bila je exam, ramai yang ‘terlupa’ untuk mengisi keperluan fisikal iaitu makan. Ramai yang mengambil remeh soal makan kerana fikirnya berlapar itu lebih baik. Ya..saya tidak nafikan, makan saja ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Namun sekarang kita tidak bercakap soal kuantiti tapi kualiti makanan.

Diceritakan nabi selalu mengikat perutnya dan tidak berlebih-lebihan dalam makan. Sehingga dalam perang khandak nabi mengikat dua batu di perutnya.

Jangan..jangan..jangan..jadikan alasan itu untuk kita tidak mengambil keperluan makanan.

Seharusnnya kita ambil contoh kualiti makanan nabi… ingat ye..bukan saja pada kuantiti.


Apa yang nabi makan?antaranya Kurma..roti ( gandum) dan susu serta lain-lain sumber primer . Aisyah juga pernah diceritakan memakan setengah biji kurma semasa berbuka.

Kualiti inilah yang harus diambil contoh.

Makanan bersumber primer adalah makanan yang mempunyai kualiti zat yang baik. Maksud primer di sini adalah yang segar ataupun terus dari sumber pertama, tidak di awet, ditambah perasa dan sebagainya.

Ohh..apa yang kita telah makan hari ini? renungkan.

betapa kita makan,hanya perut yang terasa kenyang tapi tidak dapat penuhi keperluan makan.

Keadaan malnutrisi ini juga dari segi saintifiknya boleh mengakibatkan lemahnya sistem pertahanan badan dan beberapa komplikasi lain seperti masalah pencernaan, penglihatan dll.

Akhirnya, nasihat dari saya. Jikapun telah jatuh sakit, seharusnya kita perlu meminta ‘ubat’ pertama-tama sekali dari MAha penyembuh. Banyakkan mengingatiNya, seharusnya hati akan menjadi tenang. InsyaAllah. ws

p/s : ni nasihat dan kata2 semangat buat orang-orang sekeliling yang dah demam dan terasa nak demam time exam ni. =)

HATI MATI?

Tangan keras membeku,

bila hati hitam mematu,

fikiran kosong berdebu,

lidah pula terkelu.


jangan kamu jadi tunggangan nafsu,

nabi kita tidak mengajar sebegitu,

cakaplah dan dengarlah dengan ikhlas,

kelak ada ganjarannya.


Mati itu pasti,

bila itu misteri,

bagaimana itu pilihan.


Ini perkongsian ku

Buat hati ini

Yang merajai diri.


Buat jundullah,

Kotakan janji-janji mu,

Angkat panji-panji mu,

Ayuh sama kita ke medan!


Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

OFFICIAL RESULT OF SRC GENERAL ELECTION 2009/2010


~GOMBAK CAMPUS~


INTERNATIONAL CONSTITUENCY
Anas Ismaiel
Faez Saleh Ahmad Batis
Tarik B. Alamgir
Yusuf Khidir Alkazimy


AIKOL CONSTITUENCY
Izyan Hazwani Bt. Ahmad
Muhammad Shauqi B. Suhaimi


ARCHITECTURE CONSTITUENCY
Muhammad Faris Ismail
Nur Atiqah Bt. Mohd Nissfu

ENM CONSTITUENCY

Abdul Aziz B. Abu Hasan - 352
Azharul Amin B. Ahmad Nazarudin - 586
Hafizul Ariri B. Rusmani - 411
Hidayatul Karimah Bt. Mohd Mahyuddin - 896
Muhammad Syazwan B. Suhaimi - 921


ICT CONSTITUENCY
Ahmad Rafiqi B. Rosli - 181
Khadijah Adibah Bt. Ahmad - 154
Muhammad Nurazim B. Azman - 161
Norazlina Bt. Mohd Nawi - 147
Nursyahidah Bt. Ahmad - 120
Nurul Zahidah Bt. Mohd Zan - 146


ENGINEERING CONSTITUENCY
Ahmad Khairul Azman Bin Mohd Salleh - 855
Muhammad B. Ahmad Kamal - 498
Muhammad Firwan Bin Norliza - 838


IRKHS CONSTITUENCY
Noor Yusri B Wahi Anuar - 1231
Nur Hafizah Bt Ahmad Puzi - 531
Siti Fairuz Bt Kadri - 1027
Zatil Arifah Mohd Amin - 1309




~KUANTAN CAMPUS~


ALLIED HEALTH SCIENCES CONSTITUENCY
Marlina Bt Mohd Zain - 144
Mohd Hakim B. Zakaria - 212
Nurhasnah Bt Mazalan - 101


NURSING CONSTITUENCY
Fauzan B. Mohamed - 87
Hakim B. Rahmat - 121
Siti Hajar Bt. Mohd - 64


PHARMACY CONSTITUENCY
Ahmad Mustaqim B. Ariffin - 95
Hanisah Bt Kamarudin - 68
Nur 'Atiqah Bt Hussin - 57


DENTISTRY CONSTITUENCY
Mohammad Badiuzzaman Tuan Ibrahim


MEDICINE CONSTITUENCY
Mohd Fahmi B. Nain - 177
Noor Idayu Bt. Ibrahim -196
Syazwani Bt. Sanusi - 221


SCIENCE CONSTITUENCY
Muhammad Aklil B. Ayob - 353
Nadzirah Bt . Redzuan - 132
Siti Khadijah Bt. Imam Supa'at - 272


kredit buat sufy girl