budak lelaki tu. namanya ashraf. umur 10 tahun. satu waktu, dia datang kat saya.
"c'ton, apat( cepat) la antar long balik" 2 3 kali dia memujuk, namun saya buat2 pekak badak. sugul. kecewa dengan mak sedaranya yang hampeh, dia hanya diam di sofa.
lebih kurang 2.30 saya meminta izin mak untuk menghantar along & angah (ank2 sedara) ke rumah mereka.
adik saya, amalina turut menemani
sesampai di rumahnya. ashraf terus mendapatkan abahnya. sedang ketika itu, abahnya ralit tido2 ayam. menelangkup muka dengan tangan. baring di ruang tamu.
"abah, apat peje mato!" gesa ashraf tatkala melihat abahnya membuka mata.
"apatla" abahnya hanya tergelak kecil. lantas memekup mukanya
ashraf tiba2 mengeluarkan sekuntum bunga dari beg sekolahnya. bunga plastik. warna kuning.
"haa, buko mato." dia menghulurkan bunga itu kepada abang iparku.
abang iparku senyum. mengusap kepala anaknya.
ashraf berlari. malu.
saya mendapatkannya dan bertanyanya. "bakpo wi bungo ko abah long?"
"long nak adi anak abah. hehe"
saya turut tergelak.
abis..bunga tuk c'ton takdak ka????
sekali lihat, tiada yang istimewanya cerita ini. sekuntum bunga dari anak yang berusia 10 tahun kepada bapanya sempena hari bapa. namun ianya sangat istimewa buat saya.
anak kecil itu bukan budak biasa. dia seorang kanak-kanak hyperaktif, yang masih belum pandai membaca,menulis, mengira, sekalipun menyebut A B C sehingga Z
beberapa konsonan tidak dapat disebutnya dengan baik menyebabkan perkataan yang di tuturkan sukar difahami (adiknya selalu jadi translator)
namun dia bukanlah kanak-kanak yang mengalami terencat akal...nauzubillah. cuma kelembapan dalam pertumbuhan intelektual.
siapa tahu, siapa mengerti, anak kecil yang bernama ashraf itu sangat menghargai abahnya.
mengorbankan separuh belanja sekolahnya hari itu untuk membeli sekuntum bunga buat abah yang tersayang
pengajaran besar buatku...
yang masih tak reti-reti nak... mintak maaf dengan ayah
huhu
SELAMAT HARI BAPA!
(21 ogos lepas)