"pekerjaan yang kita lakukan dalam jemaah Islam ini bukan sukarela tetap ia adalah menjadi kewajipan dan amalan kita. jangan biarkan sehari berlalu tanpa kita bekerja untuk kemenangan Islam" ~ Allahyarham Ust. Fadzil Nor
berasal dari kg bukit tandak, Rantau panjang Kelantan. sekarang menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabanagsa kampus Kuantan dalam tahun dua bidang pergigian. penulis boleh di hubungi melalui emel akuyah_26@yahoo.com
“Aku mampu membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus.
Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak atau dituntut ke atasnya. Dia berjihad dijalannya.
Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya”