Saturday

Mahmoud AlMabhouh Assassination in Dubai - Muslim Analysis

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS AS-SYAHID MAHMOUD ALMAHBHOUH








DEMAM EXAM?

Musim-musim exam ni ramailah yang akan demam. Fakta ini bunyi seperti satu kisah lama yang dicerita turun temurun. Nak exam. Ramai demam.ramai demam bila exam.dan exam…dan demam..ohh…

Namun jika diteliti ada benarnya menurut pandangan saintifik. Kita maklum, musim peperiksaan adalah musim yang sungguh menekan emosi. Hampir setiap masa berkurung di dalam bilik, mengadap buku ( bagi yang sebegitulah) sedang, akal yang sihat perlu untuk turut menikmati ‘makanan’ yang pelbagai (aktiviti social, sukan, dll).

Nah, bila keadaan stress berterusan, tahap antibodi badan akan lemah lantas mudahlah untuk infeksi dalam badan berlaku.

Selainnya, bila je exam, ramai yang ‘terlupa’ untuk mengisi keperluan fisikal iaitu makan. Ramai yang mengambil remeh soal makan kerana fikirnya berlapar itu lebih baik. Ya..saya tidak nafikan, makan saja ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Namun sekarang kita tidak bercakap soal kuantiti tapi kualiti makanan.

Diceritakan nabi selalu mengikat perutnya dan tidak berlebih-lebihan dalam makan. Sehingga dalam perang khandak nabi mengikat dua batu di perutnya.

Jangan..jangan..jangan..jadikan alasan itu untuk kita tidak mengambil keperluan makanan.

Seharusnnya kita ambil contoh kualiti makanan nabi… ingat ye..bukan saja pada kuantiti.


Apa yang nabi makan?antaranya Kurma..roti ( gandum) dan susu serta lain-lain sumber primer . Aisyah juga pernah diceritakan memakan setengah biji kurma semasa berbuka.

Kualiti inilah yang harus diambil contoh.

Makanan bersumber primer adalah makanan yang mempunyai kualiti zat yang baik. Maksud primer di sini adalah yang segar ataupun terus dari sumber pertama, tidak di awet, ditambah perasa dan sebagainya.

Ohh..apa yang kita telah makan hari ini? renungkan.

betapa kita makan,hanya perut yang terasa kenyang tapi tidak dapat penuhi keperluan makan.

Keadaan malnutrisi ini juga dari segi saintifiknya boleh mengakibatkan lemahnya sistem pertahanan badan dan beberapa komplikasi lain seperti masalah pencernaan, penglihatan dll.

Akhirnya, nasihat dari saya. Jikapun telah jatuh sakit, seharusnya kita perlu meminta ‘ubat’ pertama-tama sekali dari MAha penyembuh. Banyakkan mengingatiNya, seharusnya hati akan menjadi tenang. InsyaAllah. ws

p/s : ni nasihat dan kata2 semangat buat orang-orang sekeliling yang dah demam dan terasa nak demam time exam ni. =)