Wednesday

bila istiqomatitis melanda

di sini ceritera bermula, suatu masa dahulu, kedapatan seorang pahlawanis yang selalu bersemangat untuk terus berjuang di medan perang. hampir manapun semboyan berbunyi, pasti di situ terpijak kakinya. hampir semua tempat yang didatangi musuh, pasti di situlah kemunculannya. mengenali erti perjuangan, hidupnya kian berubah. masa terisi dengan segala gerak kerja, terancang, teratur dan berorganisasi. dirinya bukan lagi keutamaan, perasaan tidak lagi terkedepan melainkan didahulukan dengan akal semata. namun sayang seribu kali sayang, tatkala istiqomatitis menyerangnya. dia tersungkur. langkahnya terhenti.. payah & perit dirasakan untuk aturan langkah pertama. saat itu dia menangisi dirinya...




sedang waktu itu peperangan masih rancak. perlahan dia bangkit, mengatur langkah di barisan belakang. berperanan sebagai perawat kecemasan. dalam tempoh itu, dia tidak mampu bersuara, ingatannya kian luntur, dan empat anggotanya makin susut kudratnya. bukan kerana fisikalnya parah,cedera mahupun luka. tetapi kerana penangan istiqomatitis yang melanda.





dan hari in. dia mengumpul kembali semanagtnya. terusan hidayah diterokainya. dorongan sahabat, kematangan dirinya, ujian & cabaran serta yang paling utama kehendak Allah telah membangkitkannya.





InsyaAllah..dia berharap semoga sempat ke barisan hadapan sebelum matanya terpejam.





_insan mampan melakar sejarah!_

2 comments:

abu 'iffah said...

what is the pathogenesis, symptoms, prognosis and complications of this new diseases?..do you have a ny idea of the treatment?..is it needed for 'hospitalization' in somewhere?..

maria_adam said...

all the symptoms and its relation dah ada. cuma si penulis ni tak sempat reveal lagi. kitab2 lama yang berkisar ttg masalah hati terutamanya. itu buku teks nya. apa kata tuan hamba je yang try diagnosis? huhu