Wednesday
YA ALLAH...
Monday
JUST FOR ALL ROMEOs
Romeo?
Tapi tak salah jika kita gunakan pada lelaki yang ada ciri-ciri romeo. Kan?
Maaf.Saya sekarang bukan bercakap mengenai lelaki yang memang jelas ‘kebuayadaratan’nya. Yang selalu menukar ganti teman-teman wanita ibarat menukar baju. Yang memang jelas dia tidak memahami apa tuntutan memilih pasangan
Ada hadis menyebut :
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Saya focus kepada lelaki yang mengetahui tuntutan memilih pasangan namun tetap meletakkan rupa pilihan pertama. Mereka-mereka ini patut kita gelarkan si romeo.
Sepertinya romeo dalam lagenda yang terus terpikat pada Juliet setelah melihat rupa Juliet yang sungguh mempesonakan. Sehingga meletakan pengorbanan yang maha hebat demi cinta yang dibina.
Saya bukan bercakap tanpa basis dan bukti. Basisnya, realiti si bunga yang cantik pasti cepat dikhitbah. Buktinya, sila cek diri masing-masing (wahai kaum romeo) bagaimana bermulanya kamu terbuka pintu hati untuk melamar seseorang? Kamu sendiri punyai jawapannya.
Saya tidak menunding kepada semua lelaki. Saya yakin ada yang ikhlas dalam memilih pasangan demi ISLAM. Namun penyakit Romeoism ini semakin lama semakin menular di kalangan kaum Adam yang kadang-kadang tanpa segan silu mengatakan “ dapat rupa tu kan satu nilai tambah yang baik,” sedang hatinya dari awal bertujuan itu.
Dan saya sedar, jika penyakit ini berterusan, konsep asal sebuah perkahwinan mungkin akan disalah ertikan. Semestinya perlu di ingatkan, perkahwinan bukanlah penyelesaian kepada masalah-masalah hati sepenuhnya. Malah ia adalah antara satu agen dakwah yang terpenting ke arah pembinaan gagasan khilafah yang lebih besar. Seharusnya ia di bina dengan cematan dan dipelihara tuntutannya.
Bukannya untuk keperluan si romeo!
Sekali lagi ditegaskan, saya bukanlah bertujuan menebalkan tembok pemisah gender, jauh sekali menjadi mangkin pengasas aliran feminism anti-lelaki. Semoga teman-teman memahami.
Tujuan saya hanya satu, menegur atas dasar, perkara yang silap boleh diperbaiki… Kerana saya peduli....