Saya meneliti blog saya. Merenung jauh masa depan beliau. Apakah nafasnya sudah ditakdirkan sampai di sini saja. Hanya mampu menunggu dan menunggu. Lama sudah beliau tidak di isi dengan sesuatu yang bermanfaat. Mungkin kerana tuannya perasan sibuk ?
Ya..sibuk adalah alasan yang paling teruk tapi kunci melepaskan diri. melepaskan diri dari bertanggungjawab ke atas sang blog yang bersawang!
[sigh]
Saya menenangkan diri. sungguh ini bukan cara yang baik untuk sesebuah entry blog (mengepek) namun saya cuba untuk bawa hakikat yang sebenar. Hakikat bahawa berblog bukan semudah sign in & sign out blogspot.com.
Justeru, saya sangat menghormati insan2 yang istiqamah dalam berblog. Mereka bagi saya lengkap dengan pakej penulisan, pengurusan dan daya human touch yang tinggi.
Kenapa?
Dari blog kita akan kenali penulisan mereka
Demi penulisan yang baik, mereka akan mendapatkan ilmu yang terbaik. Mungkin hasil bacaan, pengalaman, perkongsian dengan teman, penelitian dan kajian sendiri (mahupun perasaan sendiri)
Dan disertai pengurusan bagaimana mempopularkan atau menjual idea2 blog mereka.
Dan di touch up kan sedikit dengan skill human touch agar pembaca benar2 menghayati apa yang ingin disampaikan. Pemblogger yang hebat akan cuba berada dalam kasut pembaca. Tanpa melupakan tujuan asal prinsip blognya.
[berfikir]
Bagaimana saya? Tidak perlulah saya mencatit kenapa dan bagaimana perkara ini terjadi (blog bersawang) cukupla sekadar saya mengulangi alasan perasan sibuk. [tunduk]
Banyak perkara yang ingin dikongsi namun keterbatasan masa saya masih menjadi salah satu asbab.
Mungkin saya bukan dilahirkan untuk menulis? [ketawa]
Mungkin Dia mahukan saya sebagai yang lain? (ayat menyedapkan hati)
…ok..penat. [keluar]
5 comments:
CAIYOK KAK NGAH..HUHUHU
kak ngah?? err..OK..:P
chaiyok2! ♥◕‿◕♥
:)
caiyok zai. tulis aje ... tulis aje.. tulis aje.. nanti lama2 akan dapat rentak sendiri. Nasihat kak ruby;
jika rasa bosan tulis..jika rasa letih tulis..jika malas tulis.. jika jika jika dan jika yang pasti ada manfaatny.
Slm'alaik adik zai yg hebat :)
Lm sggh xsinggah di sini. Sincerely, akk sgt suka dgn gaya tulisan zai; inspiratif dan membina! Semua org sygkan zai, itu yg suruh zai keep up writing ;)
Tak dinafikan, stp insan yg berblog itu ada nawaitu dan aim yg tersendiri. Dan biar kita antara jutaan blogger menjadi permata atas setiap 'human touch' atau bait2 bermakna drpd hati kita utk hati2 pembaca di alam maya ini :)
Keep it up dik!
Post a Comment