Saturday

(n_n)

salamullah...

dear bloggers and Internet surfers..hoho

just now,while 'surfing' and 'ngendeng2' i've found a good and simple article on jamaah.

simple explaination and easily digested. InsyaAllah.

you may read at http://nurimani-imani.blogspot.com/2009/04/berjemaah-atau-tidak.html

Friday

AKU DAN DAKWAH?

5 tahun yang lalu:

"dakwah? apa tu? aku bukan ustazah. bukan keje aku."

2 tahun yang lalu:

"err...memang saya tau dakwah tu wajib.tapi...err..tak cukup ilmu la... orang lain takdak ka?"

sekarang :

"dakwah? hukum nya wajib bagi setiap yg bergelar muslim. lebih2 lagi kepada individu yang meletakkan dirinya dalam kelompok yang faham dgn tuntutannya"

akan datang:

" wallahuta'alaalam....(semoga diriku istiqamah)... "

fathi yakan dalam tulisannya BAGAIMANA MENYERU KEPADA ISLAM menekankan empat perkara yang penting sebagai bekalan pada diri dan jiwa seorang pendakwah iaitu ; ilmu, kebijaksaaan,.... dan sabar (alamak lupa lak)...

ok..the end..

aku memang tak boleh nak tulis formal2 ni. terus tak sampai tujuan. jadi untuk tidak membazir entry, aku sebenanya nak cakap pasal dakwah.

"hebatnya kau nak cakap pasal dakwah, ton!"

err...bukan... nak cerita beberapa pengalaman dakwah...

kisah 1:

satu hari aku menaiki kereta bersama abang n kakak ipar aku. kami bmusafir dari kelantan ke kuantan. perjalanan yang jauh memang memenatkan. lebih2 lagi aku memang takleh duk diam. di tengah perjalanan, aku bersuara
"keru, aku ada satu teka-teki..nak dgr x?"
abg aku yang memandu menjwab " apa dia?"
"aa...kenapa kita perlu signboard? contohnya mcam jalan bengkok di hadapan. simpang empat... dll?"











"ummm..." abg aku sengaja buat2 berfikir
"peringatan.." tiba2 kakak iparku bersuara.
" sebagai peringatan..betolkan?"
"aik...apsal senang je jawab nih..tak aci2"
"laaa..."
"hehehe...betol la.pandai k.ct. bila sebut pasal peringatan ni teringat plak kt2 saen ton. bayangkan kalu takda signboard, logiknya mesti kemalanagan makin banyak berlaku. jalan raya pun kucar kacir. padahal kalu kita fikir logik lagi, kita kan dah ada buku undang2 jalan raya. dah tau macamana undang2 jalan raya, ujian JPJ pun dah lepas tapi nape perlu lagi 'peringatan2' ni? huhu.. saen ton tu cakap mcm tulah pentingnya tazkirah. memang kita dah baca Quran, dan belajar agama kat sekolah dan SPM pun dapat A1 agama tapi kdg2 kita lupa. dan time lupa ni la pentingnya ada orang ingatkan kita. jadi jagn la pulak kita tolak peringatan2 ni. tak ke naye nanti..."

aku membebel dalam kete...

"tapi kdg2 ton, orng yang nak tegur tu caranya x kena..bla...bla..bla..." k.ct bercerita ttg zaman universitinya

perbualan berlanjutan dengan idea masing2 yg tidak ku temu 'titik kesefahaman'

the end cerita...

way to jannah Pictures, Images and Photos

bila aku renung balik... ada beberapa sikap pendakwah yang aku belum aplikasi. dan sikap itu adalah KURANGNYA ILMU, TIDAK BERAPA BIJAKSANA DALAM MENCARI PENDEKATAN, DAN GOPOH DENGAN HASIL DAKWAH AKU.

to be cont...

Wednesday

stress : dalam menghayati bulan pro exam

APA ITU STRESS?

Menurut Dr Hans Selye, pengasas teori stress, stress merupakan satu gejala tindakbalas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.

Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stress boleh dibahagi kepada stress yang baik atau positif yang dikenali sebagai 'eustress' dan yang buruk atau negatif 'distress'.

Pegawai perubatan di sebuah institusi kesihatan di sini, Dr S. Mogan berkata, stress yang positif boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati, fokus dan kreatif dalam kehidupan harian.Menurut sejarah, Alexander Graham Bell mencipta telefon, alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan, ketika ingin membantu tunang beliau yang telah hilang pendengaran.

SUKAR UNTUK DIDEFINISI


Kata Dr Mogan, memang sukar untuk memberi definisi mengenai stress kerana ia suatu aspek yang subjektif."Kalau anda tanya 10 orang tentang apa yang sebabkan mereka rasa stress, maka anda akan mendapat 10 jawapan yang berlainan."Sebabnya tiada definisi tentang stress yang dipersetujui semua, apa yang stress bagi seseorang mungkin perkara yang menyeronokkan atau tiada apa-apa bagi orang lain."Contohnya, penunggang motosikal akan berasa gembira bila dapat memecut kenderaan mereka manakala ini perkara yang menakutkan bagi orang lain. Menang dalam perlumbaan mungkin lebih stress daripada kalah tapi ini merupakan stress yang baik", kata beliau.


Menurut pendidik Fatimah Mansur, stress melonjakkan produktiviti seperti bila pelajar menghadapi peperiksaan."Pelajar berusaha dengan lebih keras bila peperiksaan telah hampir manakala pekerja di pejabat bekerja dengan lebih cepat bila waktu pulang sudah dekat", kata beliau.Fatimah berkata, orang ramai perlu mendapat stress yang sesuai untuk produktif dalam kehidupan seharian."Anda boleh guna dan gembleng stress untuk menjadi lebih produktif", kata Fatimah lagi.


RISALAH KEMENTERIAN KESIHATAN


Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara punca stress ialah beban kewangan, masalah rumahtangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.


Seseorang yang mengalami stress akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.Mereka digalakkan mengambil 10 langkah 'B' iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata 'relakslah', beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.
my comment :
belajar untuk berjiwa besar seperti Nabi kita... =)

cerita yang tak habis


"its more easier to condemn than to appreciate"

aku hanya mendengar, menganguk tidak, mengiya tidak. ku biar saja dia meluahkan apa yang dirasa.

"i know, not everybody likes me. understand my opinion. but sometimes we cannot judge a person by only knowing him from one point of view."

dia mempertahankan dirinya. dia tidak dapat menerima kritikan yang dilemparkan padanya. lalu dia menyambung...

" do you know, there is a story about this. a tree and 4 men"

dia berhenti sebentar.. aku ingin mencelah
tp kemudian menyambung lg

"it's ok i'm taking your time?"

aku hanya menganguk..biarlah..seronok juga dgr cerita orang dewasa nih.hehe

" there is a man who have 4 sons. he wanted to teach his sons a lesson. then he called the eldest one and asked him to go to a tree at a place directed. that time was winter. after the eldest came back, he then asked the 2nd one to go to the same place. but in autumn (kalu x silap la..hehe) then same went to 3rd and younger son. everybody went to the same place but at different times"

dia menarik nafas

"and do u know what the father does?"

belum pun sempat aku membuka mulut.

" he asked them to describe about the tree, and of course every one wud say different thing. the son who went during autumn wud say the tree was very nice while son who went during winter wud say no good.. no leaves..bla..bla..bla (aku malas nak tulis sebenanya) "

kemudian lepas tarik nafas skali lagi dia menyambung..

"that's happen to me now"

kemudian dia berlalu..
alahhai...x smpat aku nak bagitahu pendapat aku. kecewa.