5 tahun yang lalu:
"dakwah? apa tu? aku bukan ustazah. bukan keje aku."
2 tahun yang lalu:
"err...memang saya tau dakwah tu wajib.tapi...err..tak cukup ilmu la... orang lain takdak ka?"
sekarang :
"dakwah? hukum nya wajib bagi setiap yg bergelar muslim. lebih2 lagi kepada individu yang meletakkan dirinya dalam kelompok yang faham dgn tuntutannya"
akan datang:
" wallahuta'alaalam....(semoga diriku istiqamah)... "
fathi yakan dalam tulisannya BAGAIMANA MENYERU KEPADA ISLAM menekankan empat perkara yang penting sebagai bekalan pada diri dan jiwa seorang pendakwah iaitu ; ilmu, kebijaksaaan,.... dan sabar (alamak lupa lak)...
ok..the end..
aku memang tak boleh nak tulis formal2 ni. terus tak sampai tujuan. jadi untuk tidak membazir entry, aku sebenanya nak cakap pasal dakwah.
"hebatnya kau nak cakap pasal dakwah, ton!"
err...bukan... nak cerita beberapa pengalaman dakwah...
kisah 1:
satu hari aku menaiki kereta bersama abang n kakak ipar aku. kami bmusafir dari kelantan ke kuantan. perjalanan yang jauh memang memenatkan. lebih2 lagi aku memang takleh duk diam. di tengah perjalanan, aku bersuara
"keru, aku ada satu teka-teki..nak dgr x?"
abg aku yang memandu menjwab " apa dia?"
"aa...kenapa kita perlu signboard? contohnya mcam jalan bengkok di hadapan. simpang empat... dll?"
"ummm..." abg aku sengaja buat2 berfikir
"peringatan.." tiba2 kakak iparku bersuara.
" sebagai peringatan..betolkan?"
"aik...apsal senang je jawab nih..tak aci2"
"laaa..."
"hehehe...betol la.pandai k.ct. bila sebut pasal peringatan ni teringat plak kt2 saen ton. bayangkan kalu takda signboard, logiknya mesti kemalanagan makin banyak berlaku. jalan raya pun kucar kacir. padahal kalu kita fikir logik lagi, kita kan dah ada buku undang2 jalan raya. dah tau macamana undang2 jalan raya, ujian JPJ pun dah lepas tapi nape perlu lagi 'peringatan2' ni? huhu.. saen ton tu cakap mcm tulah pentingnya tazkirah. memang kita dah baca Quran, dan belajar agama kat sekolah dan SPM pun dapat A1 agama tapi kdg2 kita lupa. dan time lupa ni la pentingnya ada orang ingatkan kita. jadi jagn la pulak kita tolak peringatan2 ni. tak ke naye nanti..."
aku membebel dalam kete...
"tapi kdg2 ton, orng yang nak tegur tu caranya x kena..bla...bla..bla..." k.ct bercerita ttg zaman universitinya
perbualan berlanjutan dengan idea masing2 yg tidak ku temu 'titik kesefahaman'
the end cerita...
bila aku renung balik... ada beberapa sikap pendakwah yang aku belum aplikasi. dan sikap itu adalah KURANGNYA ILMU, TIDAK BERAPA BIJAKSANA DALAM MENCARI PENDEKATAN, DAN GOPOH DENGAN HASIL DAKWAH AKU.
to be cont...
JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA
12 years ago
No comments:
Post a Comment