Friday

BUKAK SKOLAH DAH?...AIYOOO

sesi persekolahan saya belum lagi bermula. masih berbaki sehari dua lagi. mendung saya memikirkan persiapan memasuki alam pengajian tahun ke-2 yang pastinya di bumi bertuah kuantan ini.


jika sepuluh tahun yang lalu saya sibuk dengan perihal baju baru, kasut baru, beg baru, buku baru dan juga cikgu baru kini, berada di medan universiti, itu bukan perkara utama lagi..


berlegar-legar di minda saya "bagaimana persiapanku untuk mendepani 9 subjek baru nanti? (3 subjek hari tu pun dah huru-hara..hu)"


menginsafi diri, saya berazam untuk tidak mahu lagi terjerumus dalam kancah 'kegagalan akademik'


"err...kegagalan yang macamana tu ton?"




tokoh-tokoh ilmuan islam adalah contoh manusia yang sangat menghargai ilmu. cinta mereka pada ilmu semata-mata demi mendapat redha Allah. sedang saya??


"Abu Jaafar al-Qashari, seorang fakih yang warak ada menyebut bahawa selama empat tahun penanya tudak pernah kering..."

suatu hari dia mengunjungi yahya bin Umar, salah seorang gurunya. dia mendapati banyak buku di sana namun dia tidak punyai wang untuk membeli riqq (sejenis kertas dari kulit) sehingga dia tidak mampu menyalinnya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjual baju yang di pakainya demi membeli riqq. MasyaAllah..


Rasulullah bersabda "siapa yang menempuh perjalanan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jaln ke surga"


Ya...saya perlu mencintai ilmu. no. saya mau jadi pencinta ilmu..


"habis tu, ton, jadi kaki study la pasni ye? tak nak terlibat dah ke dengan aktiviti persatuan? dakwah? kawan2?"


HaHaHa..izinkan saya gelak sesaat 2.


pembunuh senyap!


seringkali saya tersepit bila dicampakkan pilihan. lebur bersama kerja dakwah? ataupun ralit dalam timbunan buku? sementelah ungkapan akademik no 1 dakwah bukan no 2 seringkali dimainkan.


saranan buat diri ini "pilihlah yang terbaik buat dirimu. jangan sampai engkau meninggalkan keduanya. bukankah ada hadis yang menyebut lebih kurang maksud "ulama' yang paling bertakwa adalah yang berani berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim" ?


menuntut ilmu juga sebahagian dari strategi dakwah. tanpa Ilmu di bidang kita, bagaimana mahu menewaskan musuh yang cemerlang 'Ilmu'nya?


kebenaran yang tidak tersusun akan dapat ditewaskan oleh kebatilan yang tersusun. lebih kurang kata2 Saidina Ali Karramallahu wajhah


juga diperhatikan, sindrom rendah diri turut disumbang oleh faktor akademik. memalukan. kerja dakwah di luar hebat dan mantap namun 'berani' ponteng kuliah-kuliah wajib di universiti.
akibatnya? menjadi 'bintang popular' dalam kelas. saya bukanlah menunding kepada individu yang punyai keputusan akademik yang rendah, kerana itu bukan isunya.

yang perlu diberi lebih perhatian adalah sikap dalam menuntut ilmu. bagaimana akhlak dengan guru, adab belajar, ketepatan dan penghargaan terhadap masa, hubungan baik dengan sahabat seguru dan juga sifat merendah diri sebagai seorang murid.

lulus atau gagal?
itu percaturan Allah. kerjamu..cintailah Ilmu
(n_n)

7 comments:

zaimah said...

salam,,,
wah xsangke bt0l sye et0n da smkn hbt b'puitis,,,hehheh
slmt blaj0 ye,,,=)

catarina_ross said...

good one eton!;-)

zaiton zakaria said...

org blaja dari mah jugak kan..hehe

zaiton zakaria said...

tqvm haa! also for the lovely present. hu.. buat keputusan dgn baik ye nanti!

orezeo said...

assalamualaikum wrt..
wah..kak!
matang daa ea mu skg??
kag0m2..hehe

zaiton zakaria said...

to orezeo:
matang = kagum
matang = berusia
berusia = kakak
lawan kakak = adik
adik =xmatang
xmatang=xkagum

aku kakak, mu adik. haha
(jokinn'!!) =p

orezeo said...

haha..yelaa..mu kak..
ak tao mu matang..
kak..ak rs nk jmpe mu laa..
uia kuantan mn ea??