Saturday

DEMONSTRATION THEORY: FROM MEDICAL VIEW

Pandangan sudut perubatan? Mengarut!

Perhatikan…

Sebelum saya 'mengarut' lebih jauh. Adalah lebih baik kita fahami satu asas penting dalam ilmu imunisasi (immunology), action of antigen-antibody.

Subahanallah… maha hebat ciptaan Allah. Dia menjadikan asas pertahanan badan manusia dengan sebegitu sempurna. Yang dapat terus memberi reaksi atas segala serangan mikro organisma2 (bacteria, virus,fungi dsbnya) yang memudaratkan. imunisasi badan yang kuat, InsyaAllah x jadi fever etc, tapi jika sistem pertahanan badan dapat ditembusi maka badan akan sakit, fever dsbnya.

Maha suci Allah. Dia jadikan mikroorganisma2 ini dengan dilengkapi signal masing2 yang memudahkan pertahanan badan (antibody) utk mengesan kehadirannya. Signal ini lebih mudah dikenali sebagai Antigen.

bayangkan, jika bakteria2 ini memasuki badan tanpa memberi signal? Lantas terus menyerang segenap bahagian sel, tisu, organ2 dan disudahi dengan melumpuhkan sistem2 dalam badan kita? Jadi signal itu penting dan jika dilihat, Ia adalah sebenarnya satu kepentingan.

Dalam kes demam, doctor biasanya meletakkan prescription antibody sebagai ubat dan ayat wajib yang dituturkan “mesti makan sampai habis deh!”

apa jadi kalau xmakan sampai habis? Inilah yang menarik…

Satu sifat antigen adalah mudah mengadaptasi. Selepas invasion yang pertama, jika bakteria2 ini tidak dihapuskan sepenuhnya mereka akan cuba mengadaptasi cara pertahanan yang dilakukan antibody dan mencipta satu serangan yang lebih hebat dari sebelumnya. Signalnya lebih susah dikesan antibody. Dan bacteria itu dikatakan imun dengan antibody.

Dan buat invasion kedua, doctor akan memberikan kuantiti antibody yang dua kali lebih dari sebelumnya. Demi memerangi bacteria yang lebih bijak!

Due to environmental factor, adaptation factor, etc the microorganism can lead to mutation!

Antara cth pada hari ini adalah H1n1 sendiri. Mutasi virus gabungan manusia, burung dan babi. Kesannya? Virus yang mampu menjadi pandemic. Menghuru-harakan donia… menginsafkan sesiapa yang mengambil pengajaran darinya…

Dari sebab itulah pengamal perubatan tidak menggalakkan kita terus menerus mengambil antibody sebagai ubat demam. Tambah2 kalo kita ni makan xabes. ( takut ubat tu! Hehe)

Mencegah lebih baik dari merawati. Jaga kesihatan dengan aktiviti2 dan diet yang sihat. Dan sekalipun demam, it's better to use the natural way. (minum air byk2, makan buah oren dsb)

Kerana antibody yang dihasilkan badan kita sendiri sebenarnya sudah mencukupi. InsyaAllah.

*Tamat cerita*

Bayangkan…

antigen adalah suara demonstrasi

antibody adalah kementerian pertahanan yg terlibat

suatu hari,disatu tempat, badan kita luka, bacteria memasuki badan, bertujuan memberikan signal. Luka ini harus segera diubati!

Di suatu masa, kerajaan buat silap, suara demonstrasi bangkit, menyatakan perkara ini harus diperbetulkan ( kita mesti igt, demo adalah jalan yang dipilih setelah suara tidak didengari secara baik)

Lalu kerajaan menghantar antibody2 yang berupa pasukan merah yang lengkap bersenjata. Demi menangkis suara demonstrasi yang salah dari sudut pandangannya.

Demonstrasi secara jasadnya. Berjaya disuraikan, namun ‘luka’ masih belum terubat. Kali kedua suara demonstrasi bangkit, kali ini dengan persiapan yang lebih rapi, kerajaan pula menghantar pasukan merah yang lebih ganas. Sehinggakan sel2, organ2 yang tidak bersalah, yang tidak terlibat turut terkena tempiasnya. Dan kerajaan masih belum lagi merawat luka. Hanya menumpu untuk melawan bacteria. They solve the presented problem, not the real issue.

Tidak mustahil suatu hri nanti, tatkala bacteria itu bermutasi, dan luka itu masih belum dirawat, keadaan menjadi lebih buruk.

Apabila suara demonstrasi tidak didengari, kezaliman pasukan merah merajai, Sejarah yang telah berlaku dahulu mungkin berulang. pernah di Malaysia, taiwan, Thailand, dan tempat2 lain

korban hasil dari rusuhan rakyat yang berlaku dek kezaliman pemerintah yang terus menerus.

tragis dari kebangkitan suara rakyat terhadap pemerintah

Apakah kita mengambil pengajaran darinya?

Apa lagi nak dikata….

3 comments:

pencintaIlahi said...

btl3x!
bijak zai...
wani sokong 500% heheh

Azan Subuh said...

wah...bagus2...

maria_adam said...

to pencintailahi:
to azan subuh:

harap x mengarut banyak..hehe
syukran atas feedback
at least zai tahu yg zai x salah paham konsep imuno. if salah betulkan yea =)