Monday

TRANSFORMASI MAHASISWA: IDEA PLASTIK ATAU PERSONAL SKEPTIS?

I’M NOT DEDICATING THIS ENTRY TO ANYONE SPECIFICALLY. It is just my personal view, may personal feelings, and my fingers write them as my brain works.

2 malam lepas baru saja saya mendengar satu forum yang bertajuk Transformasi Mahasiswa. Tiga ahli panel dari 3 buah kampus yang berbeza. Saudara Abu Kassim, timb Presiden PKPIM Nasional dari kampus UIA kuantan. Saudara idris dari UKM mewakili GMMA manakala saudara berbaju pink, faridzul dari UIA gombak yang mewakili GAMIS. Saya kira ketiga-tiga mereka adalah ikon gerakan mahasiswa dalam pertubuhan masing2. Tidak diragui lagi.

Tuan moderator? Amat saya bangga. (orang klate tu..hehe)

Saya tidak berminat untuk mengulas panjang apa yang telah dibincangkan semalam. Namun saya tertarik apabila ada dari kalangan audien yang bertanya:

“ Kenapa perlu berbicara tentang perkara yang besar sedang banyak lagi perkara kecil yang belum kita setel?”

(lebih kurang maksud…ayat sebenar sungguh panjang..)

Ada yang menyentuh tentang jangan hanya bercakap tentang perkara nasional semata sedangkan bagaimana dengan solat jemaah di kalangan mahasiswa, sikap dalam belajar dan pelbagai isu-isu sekitar kehidupan mahasiswa.

Saya tegaskan. Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini. Malah jika ada saya akan salahkan diri sendiri. Mungkin fahaman pembaca silap kerana kesilapan bahasa saya.

Hanya apa yang saya nak timbulkan.

Bila ada yang mempersoalkan sebegitu, adakah benar idea transformasi mahasiswa hanya plastik? Ataupun kerana personal skeptis?

Saya akui, saya juga tidak sukakan idealisma- idealisma yang retorik, terawang- awangan dan jauh dari jangkauan logik saya. Kerana, bagi saya ianya tidak menyelesaikan masalah secara direct, the real problem, malah kadang-kadang boleh menimbulkan masalah yang lain.

Namun, bukan lah sikap saya untuk terus menolak apa yang saya tidak suka. Dalam situasi sebegini, sikap pesimis terhadap sesuatu yang baru harus dielakkan. (Transformasi mahasiswa sesuatu yang baru ke?)

Adakah kerana kita rasa ianya tidak realistik lalu kita sewenang mengatakan ia tidak penting @ tidak sepatutnya dsbnya?

Adakah kerana ketidakmampuan diri kita menerima idea – idea besar ini menyebabkan kita menolak gagasannya?

Bukankah itu tandanya kita pesimis dengan sesuatu tanpa berfikir panjang?

Nabi pernah bersabda, seperti yang pernah dilaporkan Imam Bukhari yang bermaksud ;

“Kaisar Parsi akan hancur dan tidak akan ada lagi kaisar selepas itu. Kaisar Rom juga akan hancur dan tidak akan ada kaisar selepasa itu. Harta- harta rampasan akan diagihkan pada jalan Allah”

Waktu itu apakah kekuatan yang umat Islam miliki dibandingkan Rom?

Apakah waktu itu teknologi umat Islam lebih hebat dari parsi?

Ataupun Islam sewaktu itu punyai Men power yang ramai?

Nope!

Namun,Umat Islam di kala itu optimis dengan kata-kata nabi, sebagai seorang pemimpin.

Kemudian,hadis ini telah berjaya meningkatkan motivasi dan semangat umat islam untuk terus berjuang. Akhirnya, empayar Parsi jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke tujuh Masihi dengan kejatuhan ibu kotanya Ctesiphon. Tentera- tentera Islam pada masa itu dipimpin oleh Saad bin Abu Waqqas.

Rom pula jatuh ke tangan umat Islam pada zaman empayar Uthmaniyah pada tahun 1453 Masihi dengan kejatuhan kota konstatinople di tangan Raja Muhammad II ( sultan Muhammad Al-Fateh).

Tun Mahathir sewaktu hayatnya sebagai Perdana Menteri, beliau memperkenalkan Wawasan 2020. Waktu itu, 1990 an.

Apa kekuatan yang dipunyai Malaysia?

Bagaimana paras intelektual rakyat Malaysia?

Berapa ramai yang menentang penubuhan KLIA waktu itu

Berapa ramai yang membangkang kewujudan Litar Sepang waktu itu.

KLCC… Menara KL… dan pelbagai perancangan dalam wawasannya.

Kerana beralasan tidak realistic dengan semasa. Kerana Kita masih belum selesaikan perkara-perkara sekitar lain (baca : mainly focus on kebajikan, pendidikan, dsb)

Hari ini,Benarkah wawasan itu tidak realistic?

Opss..skali lagi saya tidak menunding pada sesiapa (+_n)

Islam agama dulu, kini & masa depan, dan tidak akan pernah ada kerja yang sia-sia selagi mana ia dilakukan atas tiket menegakkan Islam.

“Just do our job and let they do theirs. Mission is a business among leader and followers”

Pupuk semangat ‘kekitaan’, bukan ‘keakuan’

~Perkukuh kesatuan perhebat dakwah ~

2 comments:

Anonymous said...

salam. Padangan yang telus dan bernas. Kemenangan pasti menjelma. Binalah dua kekuatan utama kita iaitulah kekuatan Ruhiyyah(jiwa) dan Dzatiyah(fizikal).Kalau ini dapat kita usahakan insyaAllah kejayaan milik umat Islam.Wallahualam

zaiton zakaria said...

ws
peringatan yang bermakna.
penting bagi bina potensi ummah
tk