Monday

JUST FOR ALL ROMEOs

Romeo?

Tapi tak salah jika kita gunakan pada lelaki yang ada ciri-ciri romeo. Kan?

Maaf.Saya sekarang bukan bercakap mengenai lelaki yang memang jelas ‘kebuayadaratan’nya. Yang selalu menukar ganti teman-teman wanita ibarat menukar baju. Yang memang jelas dia tidak memahami apa tuntutan memilih pasangan

Ada hadis menyebut :

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saya focus kepada lelaki yang mengetahui tuntutan memilih pasangan namun tetap meletakkan rupa pilihan pertama. Mereka-mereka ini patut kita gelarkan si romeo.

Sepertinya romeo dalam lagenda yang terus terpikat pada Juliet setelah melihat rupa Juliet yang sungguh mempesonakan. Sehingga meletakan pengorbanan yang maha hebat demi cinta yang dibina.

Saya bukan bercakap tanpa basis dan bukti. Basisnya, realiti si bunga yang cantik pasti cepat dikhitbah. Buktinya, sila cek diri masing-masing (wahai kaum romeo) bagaimana bermulanya kamu terbuka pintu hati untuk melamar seseorang? Kamu sendiri punyai jawapannya.

Saya tidak menunding kepada semua lelaki. Saya yakin ada yang ikhlas dalam memilih pasangan demi ISLAM. Namun penyakit Romeoism ini semakin lama semakin menular di kalangan kaum Adam yang kadang-kadang tanpa segan silu mengatakan “ dapat rupa tu kan satu nilai tambah yang baik,” sedang hatinya dari awal bertujuan itu.

Dan saya sedar, jika penyakit ini berterusan, konsep asal sebuah perkahwinan mungkin akan disalah ertikan. Semestinya perlu di ingatkan, perkahwinan bukanlah penyelesaian kepada masalah-masalah hati sepenuhnya. Malah ia adalah antara satu agen dakwah yang terpenting ke arah pembinaan gagasan khilafah yang lebih besar. Seharusnya ia di bina dengan cematan dan dipelihara tuntutannya.

Bukannya untuk keperluan si romeo!

Sekali lagi ditegaskan, saya bukanlah bertujuan menebalkan tembok pemisah gender, jauh sekali menjadi mangkin pengasas aliran feminism anti-lelaki. Semoga teman-teman memahami.

Tujuan saya hanya satu, menegur atas dasar, perkara yang silap boleh diperbaiki… Kerana saya peduli....

16 comments:

Anonymous said...

realitinya, walau soleh mane seseorg lelaki,pasti nak ,memilih muslimah yg punya rupa paras yg cantik..namun cantik itu subjektif..hakikatnya,wpun mslmh yg punya rupa paras yg kurg cantik,namun,dihiasi dgn akhlak dan agama yg sempurna,pasti akan dikhitbah muslimin yg soleh..cepat atau lambat bkn penanda aras yg tepat dan sesuai..yg pntg soleh atau tidak AND ikhlas ..lastly, one simple question ,wanita pun kepingin lelaki yg punya rupa paras yg menarik bkn?

zaiton zakaria said...

terima kasih atas respon yang membina.

asal tujuan entry ini ditulis saya memang tidak berniat untuk 'memukul rata' kesemua lelaki

sebab itu saya memberikan penakrifan kepada golongan yang saya tujukan di awl entry

benar ada wanita yang meletakkan pilihan rupa syarat pertama. namun ia bukan fokus saya.

apa yang penting, saya menegur dengan harapan para romeo2 ini sedar...

kecantikan bukan segalanya.

nur afzan`` said...

salam zai,

mintak izin copy entry ni ye,syukran ^_^

Anonymous said...

Salam ziarah ya ukht..
maaf ye..
ana baru je kali pertama menziarahi laman enti ni..atas saranan seorg kakak...
secara jujur..ana tertarik dgn entri enti ni...
mmg benar apa yg enti canangkan..yakni..lelaki ada memandang paras rupa sebagai bahan ukuran...
tapi..ana tidak rasa itu merupakan satu kesalahan...sbb..para akhwat..termasuk ana sndiri pun..akan lebih tertarik dgn lelaki yg lebih tampan dan segak...ana pasti enti pun memiliki perasaan yg sama...bezanya antara dizahirkan atau dibatinkan..
maka..yg pnting..tidaklah wajar kiranya kita kaum nisa' mempersoal corak atau pola kriteria pilihan kaum lelaki..kerana mereka mmg punyai hak mereka...apa yg lebih pnting bg kaum nisa' seperti kita bukanlah mempersoal..sebaliknya memperkasa diri..yakni...memperkemas diri...dalaman dan luaran...dan berusaha untuk meraih sifat2 muslimah sejati...yakni termasuk lemah lembut dan bersopan santun..
soal jodoh..insyallah..allah lebih mengetahui kerna allah maha kaya....
maaf jika ana tersasar...harap kita dapat saling memperingati..
syukran ya ukht..

Ummu Iffah said...

Hmmm..best gak ni...
nak bagipandangan sedikit..

Bagi saya, memg lah manusia akan tertarik dengan kecantikan..

Tetapi, kecantikan takpetut jadi perkara pertama yang buat kitainginkan seseorang menjadi teman hidup kita...macam zai cakap lah..

Ikut pengalaman saya,saya memg ada ciri2lelaki yg bagi saya menariklah..

namun, asas saya menerima suami untukdinikahi adalah kerana beliau seorang yang dihormati dan mulia.

takde kaitan dengan rupa pada step tu. first time saya sedar betapa menariknya menatap rupa paras zahir suami saya adalah selepas menikahinya...

sungguh dan tak tipu...cara begitulah yang paling terbaik..

anda pasti akan sentiasa tergila2kan beliau...huhuhu...halal tau, takpe...

maybe perkara yang sama apply to memilih isteri...jangan letak pujaan rupaparas saat memilih...bimbang selepas berkahwin, semuanya kelihatan hambar di mata...mungkin syaitan dan nafsu aje yg lebih2 mengaburi mata saat sebelum pernikahan...

wallahua'lam

zaiton zakaria said...

to afzan : syukran memudahkan keje zai. moga ada manfaatnya =)

to anonymous : saya bersetuju dengan cadangan awak. kerja kita untuk memperbaiki diri memng tetap kena jalan =)

t0 ummu iffah : zai takleh kate ape dah... org berpengalaman sendiri yang bercakap..hehe

p/s : rumet saya baca entry ni tadi.. dan dia cakap tak pedas ayat yang saya bagi...
hehe... cukuplah timbulkan kontroversi..niat saya hanya untuk menegur... andai ada yang belum terasa, moga ada hikmah lain yang saya tak ketahui disebaliknya.

Mohd Nuruddin Mohamed said...

zaiton al-yamani. Moga terus menulis membongkar rahsia hati memugar kembali kejernihan ikhlas supaya hidup punyai makna.

Anonymous said...

mungkin kita boleh wat kajian kenapa lelaki ttp nak memilih perempuan yang cantik....

mujaddid said...

Salam.
Saudari Zaiton, saya akui mmg kecantikan rupa paras antara yg menjadi kriteria seorang lelaki dalam memilih pasangan hidupnya. Dan sy tau yg saudari zaiton tidak menuding jari kpd semua lelaki.

Alhamdulillah...
Allah menjadikan citarasa setiap manusia itu berbeza. sebab itulah kecantikan itu dinilai secara subjektif.Bayangkan apa akan jadi kalo cita rasa manusia itu sama???

Binasalah dunia angkara sang laki2 berebutkan sorang sang puteri...

Bagus entri anda. Memberikan kesedaran kpd semua laki2 agar lebih berhati2 dalam menilai dan membuat pemilihan. N satu peringatan penting, penilaian lelaki amat misteri....
Dan kemisterian itu amat dalam ertinya...

Anonymous said...

Kalau muslimat juga ada yang memilih atas dasar paras rupa..Sebaiknya artikel ini juga perlu diluaskan untuk wanita..Kerana saya juga peduli..

zaiton zakaria said...

to nurturing the ummah :

saya ni bukan penulis tegar sepertinya al-zenki. byk lagi kena belajar. penulisan saya ni masih ramai yang xberapa faham.

to mujaddid :

tq atas respon. saya bukanlah orang yang tahu segalanya tentang lelaki. but i try to understand kaum adam ni. still.
mengatakan sesuatu buruk kepada makhluk ciptaan Allah (juga fitrah yang ada padanya) ibarat saya mengingkari kekuasaan Allah. and i'm not doing that.

cumanya, kadang2 manusia ni gunakan alasan fitrah sebagai tiket kepuasan individu (-_-)

alhakim_mujaddid said...

Setiap lelaki mempunyai "evaluation form" yg bebeza untuk memilih pasangn hidupnya...

Namun yang pasti,lelaki amat mencari seorang yang bersifat 'keibuan' dalam kriteria pentingnya pasangan hidupnya..

Yelah... Nak didik anak2 kita jugak kan..

Mungkin lelaki lain punya pendapat berbeza???

Pemuda KL said...

to anonymous:

"..namun cantik itu subjektif.."

-cantik itu mmg subjektif

"realitinya, walau soleh mane seseorg lelaki,pasti nak ,memilih muslimah yg punya rupa paras yg cantik.."

-knyataan anda bkn realiti.lelaki yg soleh tidak mletakkan paras rupa sbg kayu ukur.

~Daisy~ said...

salam saudari Zaiton..sy tertarik dgn entry saudari....asal nama lelaki, mereka mmg tidak lari dari fitrah memilih gadis yang cantik sbgai pasangan hidup..kenapa saya ckp begini??

1. sy punya sahabat,X yg rupa parasnya agak cantik ttp pakaiannya kurang mengikut apa yg islam tetap kn..tp dia ada boyfriend, seorang bekas pelajar tahfiz..~hmm,mgkin laki nie nk berdakwah,wallahua'lam..

2. Seorang lelaki yang saya agak kenal kealimannya meluahkan perkataan 'i love u, cantiknya awak nie dan sbgainya melalui sms dkt seorang kwn saya Y(nama samaran). kwn sy agak cantik dan menarik..walau pn dia kurang menghayati islam,ttp tetap menjadi pilihan..



Rasanya, xperlu nk cerita bnyak2, ckup sekadar yg ini...cerita2 yg sy dengar daripada sahabat2 sy nie menyebabkan saya tidak percaya kpd kaum Adam dan perlu berhati-hati..

saya sgt stuju ngan entry saudari..teruskan menulis berilhamkan pemerhatian saudari...

Dhanie 19 said...

saya setuju dgn pndangan saudari...mjurlh sy x tmasuk dlm golongan ini...

zaiton zakaria said...

al-hakim mujaddid :
that's true...

pemuda KL:
i like the second fact =)

daisy:
'perempuan yang baik untuk lelaki yang baik' juga sebaliknya. yakinlah =)

dhanie_19:
wallahualam..