Wednesday

TEROKAI KEAIBAN DIRI, BUKAN MENSEPAHKAN!

Melihat keaiban dengan mata hati … hati itu seperti halnya cermin. makin sukar untuk cahaya kebenaran menembusinya jika terlindung oleh debu-debu dosa.

Namun begitulah kita, kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata pura2 tak tahu! Lebih mudah menilai keburukan orang dari mencari kelemahan diri..

ton,Itu kau lah~ ohh ye ea..

sukarkah menerokai kelemahan diri? bukan itu masalahnya. Persoalan yang lebih penting, bersediakah kita meneroka kelemahan diri demi merobah ke arah lebih baik? Sakitt..~

Imam Al-Ghazali menunjukan empat cara bagaimana kita boleh mencari keaiban diri: -

Berguru dengan guru yang mursyid

Mentarbiyah bukan sama dengan mendidik, mengajar tidak erti pada membimbing. Saya teringat kata-kata seorang pensyarah saya, “knowledge is something with soul, if you feel nothing it is just an information” bukan kelayakkan saya hendak menentukan bagus atau tidak seseorang yang memberikan ilmu cuma apa yang saya rasai, seseorang guru yang mendidik dan mentarbiyah mampu membuatkan muridnya reti menghargai ilmu di samping sentiasa mementingkan prestasi akhlak muridnya.

Bertemankan sahabat yang soleh

Sahabat soleh, sahabat yang kita boleh sehidup dan semati dengannya. Sahabat yang dikala senang dan susah, sahabat yang menunjukkan apa yang salah, menggalakan apa yang benar. Sedang, Rasulullah sendiri di zaman baginda memanggil pengikut-pengikutnya dengan gelaran ‘sahabat’.

Baginda bersabda, “sahabat-sahabat aku adalah ibarat bintang-bintang di langit , mana satu yang kamu ikut kamu akan dapat petunjuk.”

Ohh..i wish I cud be one of the stars! ~~

Mendengar kata musuh

kata-kata musuh itu walaupun pedih, perit dan sadis, namun ia adalah luahan ‘ikhlas’ dari pihak yang berusaha mencari kelemahan kita. Maka, dengar dan obahlah..

Bergaul dengan masyarakat

Telitikan, jika kita rasakan akhlak kita sekarang adalah agak baik, baik, atau super baik, atau apa2 jelah… adakah kebaikan kita itu lahir dari diri kita sendiri atau kerana kondisi suasana? Akhlakul karimah atau akhlakul ikutan? ukurlah dengan feedback massa..

Hidup bermasyarakat juga memberi peluang kepada kita untuk sentiasa memuhasabah diri “ohh…ini perkara elok, aku harus pertingkatkan. Dan ini perkara mungkar, jadikan ia pengajaran”

Wallahu’alam


Sayapeduli,

Menerobos keaiban demi pembaikan

mode: masih rindu pada mek

Picisan mahalah maimunah


Sumber : penawar bagi hati, abdul Aziz Ismail

TAUBAT:REJUVINASI MATLAMAT DIRI


taubat, perkataan mudah diungkap, namun susah dilaksanakan. perlukan mujahadah dan keazaman yang tinggi dan muktamad. hati nya perlu kental lantas hati yang bertaubat itu sangat tinggi darjatnya. ramai yang keruan, apa butuh aku bertaubat kerana dosa-dosaku masih bertimbun? bagaimana bisa aku bertaubat jika masih hatiku ragu? gundah?

taubat bukan semata "ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, hindari aku dari perbuatan keji dan mungkar." lantas menangis teresak-esak. tidak...tidak...taubat bukan sekadar itu.

malah lebih dari itu. taubat mencerminkan penyataan ketauhidan kita sebenar-benar kepada Allah S.W.T disertakan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w

bagaimana harus aku mulakan?

taubat jua perlukan ilmu. Ilmu Fardhu Ain yang asasnya terbahagi kepada 3 iaitu Tauhid, Fekah dan Tasawuf

Tauhid -
penting untuk kita benar-benar kenal Allah yang satu. kenali 20 sifat wajib bagiNya,20 sifat Mustahil bagiNya, dan satu sifat harus bagiNya. fikirkan sejenak,butuhkah kita meminta pada orang yang kurang kita kenali? benarkah kita benar2 meminta padanya?

seiring dengan kata-kata orang tua2, "tak kenal maka tak cinta"

dan muhasabahkan diri, bagaimana usaha kita dalam mencontohi Rasulullah? kenalkah kita padanya? sehingga kita benar2 yakin bahawasanya dia akan memberi syafaat kelak buat kita?

ton,cakap berdegar-degar, jangan habuk pun tarak!

fekah -
kepercayaan tanpa tindakan apalah hasilnya, tindakan tanpa kawalan, elokkah hasilnya? begitu jualah taubat. matlamat sudah baik, tapi jalan pula yang silap. apakah maknanya... taubat itu berterusan, bukan dah kosong2 boleh buat balik..aduyai.. dah brtaubat kenelah reti hidup bersyariat. tahu halal haram, do n donts etc.

tasawuf-
ilmu yang menyempurnakan 'akhlak' dalam taubat kita. kita ini hambaNya yang lemah, dhaif.. lalu terkadang kita leka dengan adanya hasutan syaitan. putihdisangka hitam dan sebaliknya. pernah saya mendengar satu potong ayat dari kitab Al-hikam dari filem KCB, katanya " barangsiapa yang merasakan dirinya Tawadhuk, rasa rendah hati, maka bererti, dia benar-benar orang yang takabur"

sedang diri ini perlukan taubat sepanjang masa, kerana jaminan siapakah bahawa saat ini, tiada dosa yang kita lakukan?

ton, a long way to go. stillll

wallahu'alam

sayapeduli,
dalam renovasi hati dan kecintaan kepada ibu
picisan mahalah maimunah

sumber :penawar bagi hati