taubat bukan semata "ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, hindari aku dari perbuatan keji dan mungkar." lantas menangis teresak-esak. tidak...tidak...taubat bukan sekadar itu.
malah lebih dari itu. taubat mencerminkan penyataan ketauhidan kita sebenar-benar kepada Allah S.W.T disertakan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w
bagaimana harus aku mulakan?
taubat jua perlukan ilmu. Ilmu Fardhu Ain yang asasnya terbahagi kepada 3 iaitu Tauhid, Fekah dan Tasawuf
Tauhid -
penting untuk kita benar-benar kenal Allah yang satu. kenali 20 sifat wajib bagiNya,20 sifat Mustahil bagiNya, dan satu sifat harus bagiNya. fikirkan sejenak,butuhkah kita meminta pada orang yang kurang kita kenali? benarkah kita benar2 meminta padanya?
seiring dengan kata-kata orang tua2, "tak kenal maka tak cinta"
dan muhasabahkan diri, bagaimana usaha kita dalam mencontohi Rasulullah? kenalkah kita padanya? sehingga kita benar2 yakin bahawasanya dia akan memberi syafaat kelak buat kita?
ton,cakap berdegar-degar, jangan habuk pun tarak!
fekah -
kepercayaan tanpa tindakan apalah hasilnya, tindakan tanpa kawalan, elokkah hasilnya? begitu jualah taubat. matlamat sudah baik, tapi jalan pula yang silap. apakah maknanya... taubat itu berterusan, bukan dah kosong2 boleh buat balik..aduyai.. dah brtaubat kenelah reti hidup bersyariat. tahu halal haram, do n donts etc.
tasawuf-
ilmu yang menyempurnakan 'akhlak' dalam taubat kita. kita ini hambaNya yang lemah, dhaif.. lalu terkadang kita leka dengan adanya hasutan syaitan. putihdisangka hitam dan sebaliknya. pernah saya mendengar satu potong ayat dari kitab Al-hikam dari filem KCB, katanya " barangsiapa yang merasakan dirinya Tawadhuk, rasa rendah hati, maka bererti, dia benar-benar orang yang takabur"
sedang diri ini perlukan taubat sepanjang masa, kerana jaminan siapakah bahawa saat ini, tiada dosa yang kita lakukan?
ton, a long way to go. stillll
wallahu'alam
sayapeduli,
dalam renovasi hati dan kecintaan kepada ibu
picisan mahalah maimunah
sumber :penawar bagi hati
No comments:
Post a Comment