Friday

Kenapa tudung labuh?

Bagi sahabat-sahabat yang mengenali diri ini.Kali ini mungkin saya mengambil sedikit ruang dan luang masa untuk berkongsi perkara yang mungkin selama ini barangkali menjadi rahsia.(Allah saja yang tahu).Semoga ianya dapat memberi manfaat walau sedikit sekalipun. Insyaallah.

Jika sahabat2 masih utuh mengingati saya yang dahulu (dari segi penampilan) mungkin ada yang sudah mengerti apa yang ingin saya bawakan.

Tiga tahun yang lepas, waktu itu saya kira saya sudah baik. Menjadi salah seorang ahli Badan Pelajar Islam di sekolah sains adalah satu pengiktirafan buat saya.. Terasa diri sudah baik, sempurna dari segi akhlak. Ohh..betapa jahil pada waktu itu. Sedang realitinya tidak seperti yang diperkatakan. Berbekalkan tudung bawal segi tiga, berbaju kurung kadang-kadang, berstokin kartun meyakinkan saya akan nilai personality saya pada masa itu. Ahh..itu sudah cukup Islamic bagi saya. Tiada apa lagi yang perlu diubah. Cukup. Tidak timbul lagi persoalan aurat bagi saya. Alasan saya ada lagi manusia lain di sekolah itu yang kurang menjaga etika pakaian. (terutamanya pelajar perempuan..sangat jahil diri ini).

Menempuhi alam jemaah saya merasakan ada kekurangan yang amat dalam diri ini. Setiap kali berhadapan dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya bagaikan manusia yang rendah nilainya. Waktu itu saban hari saya menilai diri di sisi tuhan. Betapa banyak dosa yang telah saya lakukan. Sahingga hari ini perasaan itu mencengkam. Menyelimuti kesalahan-kesalahan lampau saya. Sebab itu, jikalau ada sahabat yang perasan saya kurang memberi sumbangan kepada jemaah dari sudut pentarbiyahan. Ia sesuatu yang sangat berat bagi saya. Sangat berat.

Setahun lebih dalam jemaah saya masih berbasi-basi untuk memakai tudung labuh atau tidak sehinggalah suatu hari saya membaca buku bertajuk ‘rabiatul adawiyah & cinta’. sungguh bertuah rasanya Allah telah memberi nikmat hidayat membuka pintu hati saya untuk melakukan hijrah tudung. Boleh saya katakan asbab buku yang diberi pinjam kak jie (nazirah) dengan izin Allah saya perkara itu bermula.

Pada mulanya saya akui agak sukar untuk istiqamah dalam perkara ini namun Allah lebih mengetahui kehendakNya. Saya cuba mencari dan mengkaji kelebihan bertudung labuh. Bukan tidak yakin akan hikmah yang tersedia ada namun lebih baik jika ada yang bertanya saya dapat turut memberi hujah logic yang senang dicerna akal.

Dua perkara yang secara zahirnya saya dapat setelah memakai tudung labuh adalah keselamatan dan kekuatan. Pernah suatu hari saya terpaksa keluar ke kuala Lumpur seorang diri kerana mempunyai urusan penting yang mesti diselesaikan. Mulanya timbul juga perasaan gusar akan keluar tidak berteman. Namun saya tekadkan juga hati. Bukan tiada yang ingin menemani tapi saya tidak sanggup menyusahkan mereka memandangkan masing-masing ada tanggungjawab lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Maha suci Allah, hari itu berlalu dengan damai. Sepanjang perjalanan itu saya merasakan keadaan yang sungguh berbeza dari apa yang ada difikiran pada mulanya. Saya berikan satu contoh, sewaktu berjalan merentasi kelompok manusia yang saya pandang pada kacamata saya tidak ‘sefikrah’ dengan saya(wallahualam). Pada agakan saya mungkin saya akan menempuh sesuatu yang kurang menyedapkan hati. (dikacau, dsb) namun sebaliknya yang berlaku. Alhamdulillah saya benar-benar rasakan perlindungan dari Allah S.W.T. Bagi saya itulah keselamatan dan ketenangan yang dijamin Allah.

Kedua, saya kira selepas saya memakai proper Islamic attire ini saya mendapat kekuatan yang sungguh luar biasa. Benarlah kata seorang ustaz ni. Pakaian memainkan peranan penting kepada individu. Bagi seorang muslim pakaian yang sempurna menjelaskan keyakinan individu itu bahawa dia seorang muslim. iman itu perkara hanya diri dan Allah yang tahu. Dari kerana itulah akhlak yang menjadi buah iman akan menjadi ukuran manusia lain akan tahap keimanan seseorang itu. Dan salah satu akhlak yang boleh dilihat adalah melalui pemakaian. Ini penelitian saya, baik dalaman baiklah luaran. Baik luar sahaja tidak semestinya sempurna dalaman. Berbalik kepada kisah saya, penampilan saya pada hari ini (yang mana boleh diperbaiki lagi) menjadi salah satu asbab kekuatan saya untuk terus berada dalam jemaah. Saya memang inferior apabila berada dalam meeting atau perjumpaan dsbnya tapi Alhamdulillah perasaan itu mampu saya sorokkan di sebalik hijab saya. Bi izinillah…

Ada beberapa sebab lagi yang tidak perlu saya ceritakan. Mungkin setakat ini perkongsian rahsia saya.

p/s : adik saya pernah cakap saya ni seorang extremis. =)

Tuesday

fasa permulaan

alhamdulillah setelah dua post yang lepas saya semakin jelas(lebih baik dari sebelumnya) dengan persyaratan blog. mungkin ada kalanya saya memang syok sendiri. tidak tahu arah tuju blog serta audiens yang saya ada. dan untuk itu saya telah mensyaratkan supaya blog saya dibahagikan dalam pembentukan beberapa fasa.
saya telah memilih untuk menjadikannya sebagai tiga fasa, fasa pengenalan(taarif), pembentukan (takwin) dan tanfiz iaitu pelaksanaan.

1.taarif
  • pengenalan tentang halatuju & skop blog melalui penceritaan pengalaman
  • perkongsian tentang kisah hidup yang mana saya kira boleh di manfaatkan pembaca.
  • perkongsian dari pembaca(kalau ada )
2.takwin
  • cubaan mengulas isu-isu kecil yang mana dapat memberi manfaaat
  • kajian tentang kelemahan dan kelebihan yang ada.
  • ....dan beberapa perkara yang dirasakan perlu.
3.tanfiz
  • er..rasanya bukan sekarang saya bagitahu..
insyaAllah. semoga perancangan ini selari dengan perancangan Allah. dan sokongan dan tunjuk ajar dari akh & ukhtie sekalian amatlah diharapkan. terima kasih

p/s : terharu dengan ukwah kita. harap ianya sudah sampai fasa tanfiz

Friday

Sensiviti cinta perubatan

Baru-baru ini setelah sekian lama saya tidak menjengah rancangan televisyen terdetik untuk turut serta bersama keluarga menonton sebuah drama bersiri saya kira, bertemakan kehidupan pelajar kuliah perubatan saya simpulkan drama ini amat ‘mengguris’ sensiviti kelompok pelajar perubatan yang waras itu sendiri. Maaf saya katakan, jika filem pendek fitna itu menghina Islam dalam konteks penyalahtafsiran ayat-ayat Qurannya,drama ini pula bagaikan menipu para penonton dengan membawa tema yang bagi saya tidak mengangkat mahasiswa itu sendiri.

Pada kacamata saya, drama ini tidak lebih hanya sebagai hiburan yang melalaikan penonton lebih-lebih lagi mahasiswa itu sendiri. Manakan tidak, sebagai contoh ada satu babak di mana seorang pelajar perubatan perempuan ingin membunuh diri ekoran kecewa dengan sikap teman lelakinya yang tidak memahami perasaannya. Lantas saya masih bersangka baik dengan mengandaikan itu mungkin adengan sampingan sekadar menyedapkan cerita namun sangkaan saya meleset. Plot cerita nya meleret2 meneruskan tema percintaan ’budak2 hingusan’ yang diselangi rajuk, tangis dan kecil hati. Tidak ampuh untuk saya meneruskan sinopsisnya. Memualkan.

Terus terang Saya sangat terkilan dengan drama ini. Kerana ianya sangat berbeza dengan dunia reality. Saya mempunyai sahabat yang mengambil jurusan perubatan. Benar saya tekankan di sini kehidupan mereka sangat berbeza dari yang dipaparkan di layar TV. Jadual mereka hanya di penuhi belajar, berpersatuan, dan mungkin sesekali bersama kawan-kawan. Itu pelajar yang biasa. Lagi saya ceritakan, ada yang kehidupannya mengalahkan menteri. Rehat bagaikan mimpi kerana seluruh hari diwakafkan untuk berjihad. Akademik dan dakwah menjadi tujuan. Tiada masa sekelumit pun untuk memikirkan isu remeh seperti cinta monyet (seperti di dalam drama), persoalan terasa hati dengan kawan(merajuk kerana tidak berteman) bukanlah isu utama kerana tumpuannya terfokus kepada masalah umat.

Saya tidak memahami bagaimana modal insan yang diwarwarkan dapat wujud andaikata mahasiswa Malaysia seperti yang ditonjolkan. Tidak sanggup dan tidak rela untuk saya bermenterikan manusia yang lemah, lembik, hampeh dan tidak berjiwa besar seperti dalam plot cerita. Bagaimana nanti persediaannya untuk terjun ke dunia profesionalisma juga masih saya ragu-ragukan. Sedih. Kecewa.

Sebetulnya bukan drama ini sahaja yang menjadi tumpuan saya. Namun boleh saya simpulkan secara umumnya saya ingin menegur pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang penyiaran khususnya yang mengendalikan dan menyusun program2 di kaca TV. Fikirlah. Hampir 25 juta rakyat yang menonton rancangan produksi Malaysia apa yang akan mereka dapat? Membazirkan. Saya tidak mengatakan semuanya namun kebanyakan daripadanya. Lebih separuh saya kira.

Nasihat saya untuk pengarah-pengarah tidak kira filem , drama atau sebagainya. Jangan jumudkan fikiran, sempitkan hati, kolotkan idea lagi. Sedarlah, bangsa lain sudah mara ke depan. Masing2 membawa mesejnya tersendiri dalam menghasilkan sesuatu filem. Ada yang menyebarkan fahaman, ideology melalui layar perak. Jangan lagi umat yang mengaku beragama Islam tetapi merosakkan Islam itu sendiri. Sekurang-kurangnya gunakan kepakaran kamu untuk menyebarluaskan dakwah itu sendiri. Jangan nanti ibarat sudah terhantuk baru terngadah.

p/s : terkilan dengan drama cinta medik

mencari keredhaan Allah?

Tidak lengkap kiranya memulakan entry pertama saya tanpa mengucap syukur kepada maha pencipta sekalian Alam. terasa diri ini kerdil dalam himpitan suara dan pena aktivis alam maya masakini. maklumlah hari ini baru terdetik diri ini untuk turut sama turun ke medan jihad cyber ini. terasa kaku dan kekok bila memikirkan bloggers lain yang lebih senior. rasa cemburu melihat ramai sahabat yang sudah lama menceburi medan ini namun setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Berhari-hari diri saya mempersiapkan diri sebelum mengambil keputusan memulakan karier jihad baru ini. ahh, berbulan rasanya. satu perkara yang menjadi kerisauan saya tatkala terdetik hati ingin memulakannya.."adakah kebebasan bersuara di alam blog ini mampu meneroboh niat saya untuk mencari keredaan Allah?" saya turut terkesan andaikata ada suara yang menuduh pembloggers adalah manusia yang tidak berpijak di bumi yang nyata. hanya tahu meluahkan apa yang trbuku di hati tanpa memikirkan kesannya samaada jangka masa panjang atau untuk jangka masa pendek.lagi, mereka adalah sumber kekacauan dan pemecahbelah perpaduan bangsa di malaysia tatkala di kaitkan dengan isu PRU baru-baru ini. tuduhan itu bagi saya kelihatan adalah tidak berasas. tambahan gelaran yang tidak sepatutnya dilontarkan oleh pemimpin negara(belum layak menjadi pemimpin) kepada segelintir pembloggers menambahmualgelikan perasaan saya.
saya tidak suka untuk menyentuh isu-isu lama untuk dijadikan hujah atau dakwaan.
kembali kepada tujuan. saya memandang perlu ada suara-suara yang menegur pihak yang bertanggungjawab yang mana susah untuk dirapati. maklumlah mereka selalunya sukar untuk mendengar teguran dari bawah.karenah birokrasi pula semakin menutupi suara-suara lemah rakyat. jadi mungkin suara teguran keras dari alam maya yang tidak bernama ini mampu terus sampai ke gegendang telinga tegar mereka.
(teringat cerita pak mat tempe dalam seniman bujang lapok =)...)
mungkin setakat ini untuk permulaan..