Baru-baru ini setelah sekian lama saya tidak menjengah rancangan televisyen terdetik untuk turut serta bersama keluarga menonton sebuah drama bersiri saya kira, bertemakan kehidupan pelajar kuliah perubatan saya simpulkan drama ini amat ‘mengguris’ sensiviti kelompok pelajar perubatan yang waras itu sendiri. Maaf saya katakan, jika filem pendek fitna itu menghina Islam dalam konteks penyalahtafsiran ayat-ayat Qurannya,drama ini pula bagaikan menipu para penonton dengan membawa tema yang bagi saya tidak mengangkat mahasiswa itu sendiri.
Pada kacamata saya, drama ini tidak lebih hanya sebagai hiburan yang melalaikan penonton lebih-lebih lagi mahasiswa itu sendiri. Manakan tidak, sebagai contoh ada satu babak di mana seorang pelajar perubatan perempuan ingin membunuh diri ekoran kecewa dengan sikap teman lelakinya yang tidak memahami perasaannya. Lantas saya masih bersangka baik dengan mengandaikan itu mungkin adengan sampingan sekadar menyedapkan cerita namun sangkaan saya meleset. Plot cerita nya meleret2 meneruskan tema percintaan ’budak2 hingusan’ yang diselangi rajuk, tangis dan kecil hati. Tidak ampuh untuk saya meneruskan sinopsisnya. Memualkan.
Terus terang Saya sangat terkilan dengan drama ini. Kerana ianya sangat berbeza dengan dunia reality. Saya mempunyai sahabat yang mengambil jurusan perubatan. Benar saya tekankan di sini kehidupan mereka sangat berbeza dari yang dipaparkan di layar TV. Jadual mereka hanya di penuhi belajar, berpersatuan, dan mungkin sesekali bersama kawan-kawan. Itu pelajar yang biasa. Lagi saya ceritakan, ada yang kehidupannya mengalahkan menteri. Rehat bagaikan mimpi kerana seluruh hari diwakafkan untuk berjihad. Akademik dan dakwah menjadi tujuan. Tiada masa sekelumit pun untuk memikirkan isu remeh seperti cinta monyet (seperti di dalam drama), persoalan terasa hati dengan kawan(merajuk kerana tidak berteman) bukanlah isu utama kerana tumpuannya terfokus kepada masalah umat.
Saya tidak memahami bagaimana modal insan yang diwarwarkan dapat wujud andaikata mahasiswa Malaysia seperti yang ditonjolkan. Tidak sanggup dan tidak rela untuk saya bermenterikan manusia yang lemah, lembik, hampeh dan tidak berjiwa besar seperti dalam plot cerita. Bagaimana nanti persediaannya untuk terjun ke dunia profesionalisma juga masih saya ragu-ragukan. Sedih. Kecewa.
Sebetulnya bukan drama ini sahaja yang menjadi tumpuan saya. Namun boleh saya simpulkan secara umumnya saya ingin menegur pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang penyiaran khususnya yang mengendalikan dan menyusun program2 di kaca TV. Fikirlah. Hampir 25 juta rakyat yang menonton rancangan produksi Malaysia apa yang akan mereka dapat? Membazirkan. Saya tidak mengatakan semuanya namun kebanyakan daripadanya. Lebih separuh saya kira.
Nasihat saya untuk pengarah-pengarah tidak kira filem , drama atau sebagainya. Jangan jumudkan fikiran, sempitkan hati, kolotkan idea lagi. Sedarlah, bangsa lain sudah mara ke depan. Masing2 membawa mesejnya tersendiri dalam menghasilkan sesuatu filem. Ada yang menyebarkan fahaman, ideology melalui layar perak. Jangan lagi umat yang mengaku beragama Islam tetapi merosakkan Islam itu sendiri. Sekurang-kurangnya gunakan kepakaran kamu untuk menyebarluaskan dakwah itu sendiri. Jangan nanti ibarat sudah terhantuk baru terngadah.
p/s : terkilan dengan drama cinta medik
JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA
12 years ago
No comments:
Post a Comment