Bagi sahabat-sahabat yang mengenali diri ini.Kali ini mungkin saya mengambil sedikit ruang dan luang masa untuk berkongsi perkara yang mungkin selama ini barangkali menjadi rahsia.(Allah saja yang tahu).Semoga ianya dapat memberi manfaat walau sedikit sekalipun. Insyaallah.
Jika sahabat2 masih utuh mengingati saya yang dahulu (dari segi penampilan) mungkin ada yang sudah mengerti apa yang ingin saya bawakan.
Tiga tahun yang lepas, waktu itu saya kira saya sudah baik. Menjadi salah seorang ahli Badan Pelajar Islam di sekolah sains adalah satu pengiktirafan buat saya.. Terasa diri sudah baik, sempurna dari segi akhlak. Ohh..betapa jahil pada waktu itu. Sedang realitinya tidak seperti yang diperkatakan. Berbekalkan tudung bawal segi tiga, berbaju kurung kadang-kadang, berstokin kartun meyakinkan saya akan nilai personality saya pada masa itu. Ahh..itu sudah cukup Islamic bagi saya. Tiada apa lagi yang perlu diubah. Cukup. Tidak timbul lagi persoalan aurat bagi saya. Alasan saya ada lagi manusia lain di sekolah itu yang kurang menjaga etika pakaian. (terutamanya pelajar perempuan..sangat jahil diri ini).
Menempuhi alam jemaah saya merasakan ada kekurangan yang amat dalam diri ini. Setiap kali berhadapan dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya bagaikan manusia yang rendah nilainya. Waktu itu saban hari saya menilai diri di sisi tuhan. Betapa banyak dosa yang telah saya lakukan. Sahingga hari ini perasaan itu mencengkam. Menyelimuti kesalahan-kesalahan lampau saya. Sebab itu, jikalau ada sahabat yang perasan saya kurang memberi sumbangan kepada jemaah dari sudut pentarbiyahan. Ia sesuatu yang sangat berat bagi saya. Sangat berat.
Setahun lebih dalam jemaah saya masih berbasi-basi untuk memakai tudung labuh atau tidak sehinggalah suatu hari saya membaca buku bertajuk ‘rabiatul adawiyah & cinta’. sungguh bertuah rasanya Allah telah memberi nikmat hidayat membuka pintu hati saya untuk melakukan hijrah tudung. Boleh saya katakan asbab buku yang diberi pinjam kak jie (nazirah) dengan izin Allah saya perkara itu bermula.
Pada mulanya saya akui agak sukar untuk istiqamah dalam perkara ini namun Allah lebih mengetahui kehendakNya. Saya cuba mencari dan mengkaji kelebihan bertudung labuh. Bukan tidak yakin akan hikmah yang tersedia ada namun lebih baik jika ada yang bertanya saya dapat turut memberi hujah logic yang senang dicerna akal.
Dua perkara yang secara zahirnya saya dapat setelah memakai tudung labuh adalah keselamatan dan kekuatan. Pernah suatu hari saya terpaksa keluar ke kuala Lumpur seorang diri kerana mempunyai urusan penting yang mesti diselesaikan. Mulanya timbul juga perasaan gusar akan keluar tidak berteman. Namun saya tekadkan juga hati. Bukan tiada yang ingin menemani tapi saya tidak sanggup menyusahkan mereka memandangkan masing-masing ada tanggungjawab lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Maha suci Allah, hari itu berlalu dengan damai. Sepanjang perjalanan itu saya merasakan keadaan yang sungguh berbeza dari apa yang ada difikiran pada mulanya. Saya berikan satu contoh, sewaktu berjalan merentasi kelompok manusia yang saya pandang pada kacamata saya tidak ‘sefikrah’ dengan saya(wallahualam). Pada agakan saya mungkin saya akan menempuh sesuatu yang kurang menyedapkan hati. (dikacau, dsb) namun sebaliknya yang berlaku. Alhamdulillah saya benar-benar rasakan perlindungan dari Allah S.W.T. Bagi saya itulah keselamatan dan ketenangan yang dijamin Allah.
Kedua, saya kira selepas saya memakai proper Islamic attire ini saya mendapat kekuatan yang sungguh luar biasa. Benarlah kata seorang ustaz ni. Pakaian memainkan peranan penting kepada individu. Bagi seorang muslim pakaian yang sempurna menjelaskan keyakinan individu itu bahawa dia seorang muslim. iman itu perkara hanya diri dan Allah yang tahu. Dari kerana itulah akhlak yang menjadi buah iman akan menjadi ukuran manusia lain akan tahap keimanan seseorang itu. Dan salah satu akhlak yang boleh dilihat adalah melalui pemakaian. Ini penelitian saya, baik dalaman baiklah luaran. Baik luar sahaja tidak semestinya sempurna dalaman. Berbalik kepada kisah saya, penampilan saya pada hari ini (yang mana boleh diperbaiki lagi) menjadi salah satu asbab kekuatan saya untuk terus berada dalam jemaah. Saya memang inferior apabila berada dalam meeting atau perjumpaan dsbnya tapi Alhamdulillah perasaan itu mampu saya sorokkan di sebalik hijab saya. Bi izinillah…
Ada beberapa sebab lagi yang tidak perlu saya ceritakan. Mungkin setakat ini perkongsian rahsia saya.
p/s : adik saya pernah cakap saya ni seorang extremis. =)
JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA
12 years ago
4 comments:
slm.Zai, Masya Allah..insaf akak baca blog Zai.akak suka sgt..zai,teruskan menulis, zai punya bakat yg sgt hebat jika digilap lagi..TAKBIIR!.. p/s:nanti letak chatbox ya,senang org nak ckp dgn zai..:)
ni kak yani ni..
salam ukhwah... emh,1st time ak menyemak kt sni. hehe. ak ada 1 persoaln yg nk d tny kn.. ad sorang kwn ak ckp 'org yg paka tdg tp mempermainkn tdg, [nk paka ikut suka je] lbh d laknati ALLAH drp yg freehair.. btul ke kenyataan ini??.. ak da try tny kt kwn ak yg sorg ni[mcm ustaz la gak dia ni.he3] tp dia ckp, tny la pd yg pakar.he3..
salam..
emm..sy br trjumpe n trbace blog ni..
sy mmg brminat la utk mmbace isu2 dan perkara yg seumpama mcm ni..
truskan usaha..
kpd saudara nazlin..btul tindakan kwn nazlin 2..lbih baek brtanya kpd yg lbih arif yg ckup ilmunya spy tidak trsesat drpd ajaran sebenar.. :)
Post a Comment