Friday

ucapan balik raya!

Holiday come again. Whoa! I’m so excited since very loonggg time I do not see my parents.my mek… ayoh... Beloved bro n sis kak dah, abe masor, kak ha, abe yie, kak ila, abe din, che tie, abe ghie, awie, kak ira, munik, abe ngoh, keru, pie,kak sya, suyah, naa…also my cutest nieces and nephews in the world (hoho..).. naim, amira, yumni, hannan, nuha, abe long, aisyah, husna, izah, yana,,wawa, damia, n safwah..oopss almost forget the latest one, alia batrisyia..hehe.. ahh..i think I miss someone ..

Having a big family is a very great nikmat from Allah. Doing something together,go to family holiday, sama-sama konvoi time kenduri and all the other thing that a family like to do! That’s maybe the reason my mek always smile when her sons and daughters being at home =)

Namun keluarga yang besar juga tidak sentiasa menjamin kebahagiaan. Lebih-lebih lagi jika semuanya punyai pemikiran yang berbeza. Tradisi keluargaku, anak-anak diajar duduk di asrama (macam cita KKKG lak). Aku masih igt semasa aku ingin melangkah ke form 1. dengan result UPSR yang tak seberapa aku menyambung pelajaran menegah rendah di sek kampungku..tapi disebabkan tradisi, ayah berusaha menghantarku ke sekolah di daerah lain. Di situ aku mula belajar tentang hidup berdikari. Hal yang sama terjadi kepada adik beradik ku yang lain. Bezanya, mereka punyai Result yang hebat2 dan kebanyakannya berada di sekolah sains berasrama penuh. Dek kerana acuan yang berbeza, kami punyai pemikiran yang tak sama walaupun lahir dari ibu 'tule' ('sama' dlm bahasa klate)

Abgku percaya result best akan membantu kerjaya masa depan. Kakakku pula sentiasa menasihat untuk kerjakan kerja yang kita minat, abg yang lain pula membangkangku terlibat politik, sementelah yg lain menggalakkannya padaku. Prinsip kami nyata berbeza. Masing-masing memandang dari aspek yang pelbagai. Itu lumrahnya, manusia tetap akan berbeza.

The end pasal cerita family. But some how, bila bercerita tentang adik beradik ni aku terkenangkan sahabat2 di sekeliling. Umpamanya mereka tidak ubah seperti adik beradik. Dialah ketika senang dan dialah ketika susah. Merekalah ketika sedih dan merekalah ketika gembira. dan yang paling ku gemari apabila mereka memimpin tanganku tatkala aku rebah.. buat semua sahabatku..ku pohon ampun dan maaf kalau ada silap dan salah yang ku tak sedar. Maaf zahir batin... slmt hari raya!

Tuesday

nasihat Luqman al-Hakim

Luqman al-Hakim pernah ditanya oleh seorang anaknya:

‘wahai ayahku, apakah perkara baik bagi manusia?”
Luqman al-Hakim menjawab.”Beragama.”
Anak :kalau ia dua perkara?
Luqman :beragama dan berharta
Anak :kalau tiga?
Luqman :beragama, berharta dan malu
Anak :kalau empat?
Luqman :beragama, berharta, malu dan baik hati
Anak :kalau lima?
Luqman :beragama, berharta, malu, baik hati dan dermawan.
Anak :kalau enam?

Luqman menjawab:
“wahai anakku, jika pada diri seseorang itu terkumpul lima perkara tadi, maka ia adalah orang yang bersih lagi bertakwa. Maka ia adalah penegak agama Allah dan terhindar serta berjaya menumpaskan pengaruh syaitan.”

Wednesday

bila istiqomatitis melanda

di sini ceritera bermula, suatu masa dahulu, kedapatan seorang pahlawanis yang selalu bersemangat untuk terus berjuang di medan perang. hampir manapun semboyan berbunyi, pasti di situ terpijak kakinya. hampir semua tempat yang didatangi musuh, pasti di situlah kemunculannya. mengenali erti perjuangan, hidupnya kian berubah. masa terisi dengan segala gerak kerja, terancang, teratur dan berorganisasi. dirinya bukan lagi keutamaan, perasaan tidak lagi terkedepan melainkan didahulukan dengan akal semata. namun sayang seribu kali sayang, tatkala istiqomatitis menyerangnya. dia tersungkur. langkahnya terhenti.. payah & perit dirasakan untuk aturan langkah pertama. saat itu dia menangisi dirinya...




sedang waktu itu peperangan masih rancak. perlahan dia bangkit, mengatur langkah di barisan belakang. berperanan sebagai perawat kecemasan. dalam tempoh itu, dia tidak mampu bersuara, ingatannya kian luntur, dan empat anggotanya makin susut kudratnya. bukan kerana fisikalnya parah,cedera mahupun luka. tetapi kerana penangan istiqomatitis yang melanda.





dan hari in. dia mengumpul kembali semanagtnya. terusan hidayah diterokainya. dorongan sahabat, kematangan dirinya, ujian & cabaran serta yang paling utama kehendak Allah telah membangkitkannya.





InsyaAllah..dia berharap semoga sempat ke barisan hadapan sebelum matanya terpejam.





_insan mampan melakar sejarah!_

Friday

review pejuang : #1

shamil basayev



pejuang chennya


apa ni?


tak dak pa..



baru tahu dari usrah...=)

banyak iktibar..ohh

Thursday

lonely in crowd?


recently, most of my blogger friends seem to be more interested to do english writing. urgh.. seem that i also been affected.


but..after a while, i'm start thinking...what should i write? people...when they say do not know what to do, there's only two thing that seem to be faced. 1st there are a lot thing to do. 2nd they do not see the thing that should they do!


i might be one of them...sometime claiming that i'm so busy... no time spend to do simple job...no time for 'ukhuwah'..


and many time i cannot see big chances appear in front of me..oh..really pity girl


and now thinking of my future, i'm afraid if i do not perform well my duty as khalifah in world..


'tuhan, aku tak layak ke syurga Mu

namun tidak pula,

aku sanggup ke nerakaMu'


to be continue..


haha...bingung!

Tuesday

karangan untuk cikgu!


Karangan seorang pelajar yang pernah mengambil subjek Bahasa melayu peperiksaan bulanan suatu ketika dahulu…(mungkin hasil daripada tekanan pergolakan arus politik dan sikap media negara)

Jawapan soalan 1 (b)

‘Peranan media massa dalam meningkatkan prestasi dan skill tambahan pelajar sekolah.’

Dewasa ini, sekolah bukan sahaja dikatakan membawa tanggungjawab gedung ilmu kepada warisan negara malah ditugaskan untuk mengasah serta mengasuh individu dari kesemua aspek termasuklah pembinaan diri, sahsiah, kepimpinan dan sebagainya. Lantas, pelbagai metodologi yang digunakan oleh pihak sekolah terutamanya pihak pentadbiran dan tenaga pengajar dalam memastikan tujuan ini tercapai. Salah satunya adalah dengan menggalakkan pelajar supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui saluran media massa seperti surat khabar, televisyen, internet dan lain-lain. Persoalannya bagaimana media massa dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kualiti diri mereka?

Faktor utama yang menjadikan media massa adalah alat bantu mengajar tak rasmi yang baik adalah kerana media massa menyediakan banyak informasi berguna kepada para pelajar. Jika pelajar itu banyak membaca dia akan ada banyak isi untuk buat karangan dalam peperiksaan. Sebagai contoh, pelajar tersebut boleh tahu tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang mana menampakkan ketidakcerdikan sesetengah golongan pemimpin yang bertelagah dalam isu memperjuangkan martabat Bahasa Melayu. Dari situ juga pelajar dapat simpulkan bahawa menjadikan bahasa Inggeris sebagai medium mata pelajaran Matematik dan Sains tanpa kajian yang mendalam adalah tindakan yang tidak patut diambil oleh menteri pendidikan. Tambahan pula adik saya sendiri tak suka dah matematik sebab tak faham bahasa Inggeris. Kesian adik saya. Dahlah yang dikejar susah nak dapat, yang dikendong pun dah tercicir. Selain dari itu, melalui media juga pelajar dapat mengikuti perkembangan negara kita. Contohnya isu Malaysia berputih mata kerana terlepas pulau batu putih. Yang juga menyebabkan Singapura makin berani menuntut bermacam-macam-macam perkara termasuklah yang terbaru, Zon Ekonomi Eksekutif (ZEE). Kesimpulannya, media tidak lagi berperanan menyediakan input yang sihat sebagai sumber ilmu tambahan luar kelas tetapi hanyalah komen dan pendapat syok sendiri (SS) pengarang yang tidak membina. (err..boleh ke macam ni cikgu?)

Faktor kedua mengapa media massa sangat penting dalam meningkatkan prestasi pelajar masa kini adalah kerana media sangat membantu kita (pelajar) dalam mengasah kepimpinan. Lalu ada orang persoalkan bagaimana? Saya cakap kat diorang, begini. Apabila para pelajar selalu membaca surat khabar atau menonton berita mereka akan selalu melihat pemimpin negara dan mengikuti perkembangan mereka. Ini akan memotivasikan mereka untuk turut jadi pemimpin. Tapi cikgu malangnya sekarang ramai pemimpin yang korup. lapor media. Timbalan perdana menteri dikaitkan dengan cerita yang dahsyat.bunuh.bom.rasuah tak payah kiralah. Bekas timbalan pula dengan liwat. Sebelah pihak kata ada bukti doktor, tiba-tiba pula ada kenyataan bukti itu palsu. Selalunya laporan media lebih cepat dari keputusan rasmi. polis dan mahkamah pun kata masih dalam penyiasatan. Mana mereka tahu? (ni saya baca dari surat khabar, cikgu). Selain itu saya terkilan apabila dimarahi guru ketika mengantuk dalam kelas sedangkan Perdana menteri kita pernah beberapa kali tertidur dalam mesyuarat penting! Sebagai kesimpulannya, pelajar tidak lagi dapat menjadikan media massa sebagai wadah mendekati pemimpin seterusnya meneladani mereka kerana cerita-cerita yang dipanaskan media telah mengikis rasa hormat pelajar terhadap pemimpin tertinggi negara. (saya terpaksa cakap yang benar cikgu..err,boleh kan?)

Faktor yang terakhir, kita dapati media elektronik membantu pelajar membuka minda mereka supaya lebih matang lantas melahirkan generasi yang cakna terhadap masalah masyarakat. Dalam kabut realiti sekarang, dengan adanya saluran televisyen, para pelajar dapat menonton sinetron- sinetron, drama-drama, telenovela, dan rancangan yang berunsurkan hedonisme. Saya pun tidak pasti apa yang dimahukan negara, generasi yang suka berhibur gamaknya. Masakan tidak, pelajar yang terlibat dengan perjuangan gerakan mahasiswa, yang menjadi front liner ketika menuntut hak mereka serta masyarakat, diugut untuk diberhentikan dari institusi pengajian. Sedang, pelajar yang melakukan kesalahan disiplin diberi peluang beberapa kali. Siap bagi khidmat kaunseling percuma lagi. Penyanyi pula diberikan bermacam-macam-macam anugerah oleh media massa (alah..ada satu anugerah anjuran satu akhbar tu). Menggalakkan kewujudan idolism. Ni lah orang kata tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Rancangan yang berunsur ilmiah sangat sukar mendapat kelulusan dan terpaksa berdepan dengan kerenah birokrasi yang memenatkan sedang rancangan hiburan bebas untuk muncul di setiap saluran sehingga para artis dijadikan ahli panel dalam mengupas isu-isu sosial, negara dan sebagainya. sebagai contoh, kes Rosnah Mat Aris. Semua sudah maklum riwayatnya. Kesimpulannya, media tidak lagi boleh dipercayai untuk menggalas tanggungjawab mematangkan pemikiran generasi bakal pemimpin negara selain dari menyumbat benak mereka dengan budaya hedonism demi kepentingan sendiri. (nampaknya cikgu kena ‘alter’ balik tajuk ni. biar kena dgn isi saya ye)

Sebagai kesimpulannya, saya sebenarnya keliru sama ada patut atau tidak kita katakan media massa sekarang memberi faedah kepada pelajar zaman sekarang. Ini kerana apa yang saya nampak lebih banyak mudharatnya. Jadi saya syorkan kepada pihak media agar ingatlah kembali tujuan asal untuk memberi manfaat kepada orang ramai khususnya golongan pelajar. Jangan hanya memikirkan keuntungan dan melariskan jualan semata dengan isu-isu panas yang tidak berilmiah. Kita mahukan media yang membantu mengkaderkan rakyat yang berkualiti bukan menjadi acuan menanam pemikiran pak pandir moden. Sekian.

p/s : cikgu, saya nak lulus!

Thursday

Bagaimana Mencari Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain

Secara umum buku ini sangat penting untuk dibaca.(ada sahabat saya yang menyarankannya..(n_n). Bagi sahabat yang belum membacanya, ada baiknya lihat ringkasannya dulu.percayalah. buku ini tidak akan membazirkan masa anda!

Bahagian Satu : Teknik Dasar dalam Menangani Manusia

1. Jangan mengkritik, mencerca, atau mengeluh
2. Beri penghargaan yang jujur dan tulus
3. Bangkitkan minat dalam diri orang lain

Bahagian Dua : 6 Prinsip Bagaimana Orang Lain Menyukai Anda

1. Bersungguh-sungguh menaruh minat pada orang lain
2. Tersenyumlah. one smile bring thousands happiness. =)
3. mengingati nama seseorang merupakan hal yang paling manis dan terpenting dalam bahasa apapun
4. Jadilah pendengar yang baik. Dorong orang lain berbicara tentang diri mereka.
5. Bicaralah tentang minat orang lain, akan menarik minat orang lain.
6. Buat orang lain merasa penting --dan jika anda melakukannya dengan tulus,anda akan membuat orang lain segera menyukai anda.

Bahagian Tiga : Bagaimana Cara Memikat Orang Lain Mengikuti Cara Anda Berfikir!

1. Satu-satunya cara mendapatkan manfaat dari debat adalah dengan menghindarinya, kerana tiada siapa yang akan menang dalam sebuah debat.
2. Jangan mengatakan "Anda salah!", kerana itu adalah cara mudah untuk menambah musuh, tapi berikanlah penghargaan pada pendapat orang lain.
3. Kalau anda salah, akui dengan segera dan dengan rasa yang sepatutnya.
4. Mulailah dengan cara yang ramah.
5. Lihat sudut pandang orang lain, buatlah dia mengatakan "ya" segera dengan membiarkan dia merasakan kita turut bersama dalam keadaannya. (put yourselves in their shoes!)
6. Biarkan orang lain yang lebih banyak bicara, kerana itu adalah kunci dalam memenangi hatinya.
7. Biarkan orang lain merasa idea itu merupakan ideanya, karena itulah kunci mendapatkan kerjasama mereka.
8. Cubalah bersungguh-sungguh melihat segala sesuatu dari sudut pandang orang lain, kerana itu peluang yang bagus untuk anda.
9. Bersimpatilah dengan idea dan hasrat orang lain, kerana itulah yang diinginkan oleh setiap orang.
10. Imbau kenangan yang menampakkan keistimewaannya, kerana itulah imbauan yang semua orang suka.
11. perjelaskan idea-idea anda sebolehnya, karena filem-filem melakukannya dan TV juga, mengapa anda tidak?

Bahagian 4 : Jadilah Pemimpin : Bagaimana merubah orang lain tanpa menyinggung atau menimbulkan kemarahan

1. Bila anda harus mencari kesalahan, mulailah dengan pujian dan penghargaan yang jujur. (teori burger)
2. Beritahukan kesalahan orang lain secara tidak langsung, kerana itulah cara mengkritik yang tidak dibenci.
3. cakapkan kesalahan anda sendiri seblm mengkritik orang lain.
4. Ajukan pertanyaan, bukan perintah langsung karena tak seorang pun suka diperintah.
5. Beri kesempatan orang lain menyelamatkan harga dirinya
6. Pujilah peningkatan sekecil apapun, dan pujilah setiap kebaikan.Jadilah tulus dalam penerimaan anda dan murah hati dalam pujian anda.
7. Beri reputasi yang baik untuk dipenuhi olehnya, karena kita dianjurkan untuk memberi nama yang baik pada anak-anak kita.
8. Gunakan dorongan, buat kesalahan menjadi mudah untuk diperbaiki. jangan terlalu menghimpitnya dengan kesalahan yang telah dia lakukan. beri peluang!
9. Buat orang lain senang mengerjakan hal yang anda sarankan.Tertarik??Get it Now!!! SUKSES...

edited version

Wednesday

Part one : Benarkah barat itu secular?

Saya pernah bertanya kepada guru saya pada suatu ketika dulu tentang ketamadunan Barat. Pada kacamata luar saya (zaman keanak-anakan dulu) mereka merupakan satu kelompok yang maju terkedepan dari segi pembangunan material dan sivil berdasarkan penciptaan mesin-mesin, alat-alat yang sofistikated, dan kuasa modenisasi manusia serta implimentasi undang-undang sivil dalam kehidupan. Namun guru saya menegaskan, barat memegang dasar ideology secular di mana mereka secara mudahnya:

“Memisahkan sains dan agama”

Selama hampir 7 tahun saya menerima kenyataan tesebut bulat-bulat. Sehinggalah pada satu ketika…

Kenyataan saya berubah,
‘barat (merujuk kepada non-muslim di barat) bukanlah secular seperti yang dinyatakan’.…????

Pertama, daripada takrif ringkas tentang secular,kita dapat lihat 2 aspek yang terlibat;
1. Sains
2. Agama

Jadi saya mudahkan kenyataan saya tadi :
‘barat bukanlah memisahkan sains(konsep saintifik) dan agama’ keliru? Teruskan membaca.

Kenapa itu kenyataan saya? Cuba jawab persoalan ini.
benarkah barat itu saintifik?
apa itu konsep saintifik? Bagaimana konsep yang betul?
benarkah mereka percaya pada agama?
jadi salahkah jika saya mengatakan barat itu bukan secular kerana cara mereka tidak saintifik dan tidak berpegang pada agama yang benar? Malah mereka(sesetengahnya) tidak layak untuk digelar sebagai ahli sains.

Secara amnya system saintifik/konsep logic terbahagi kepada 2 iaitu:
deduktif
induktif

deduktif
· juga dikenali sebagai istinbat
· bagaimana? Pertama penyelidik @ pakar bidang membuat hipotesis-hipotesis dari satu teori untuk diuji. Kemudian mereka akan menentukan pembolehubah dan operasi yang akan digunakan dalam setiap hipotesis supaya pembolehubah tersebut dapat diukur dalam bentuk yang senang dilihat. Akhir sekali mereka akan menentukan sama ada pemerhatian (dari pembolehubah) tersebut dapat membuktikan kebenaran hipotesis tersebut atau tidak.
· Contoh yang mudah : fakta saintifik yang menyatakan semua binatang yang berkaki 6 termasuk dalam kelompok serangga. Dari sini kita akan mendapati lipas itu berkaki 6 maka ia dikatakan serangga, semut juga berkaki 6 maka ia juga adalah serangga, rama-rama pun sama.bagaimana dengan Labah-labah ?
· Ringkasnya, Penggunaan peraturan yang umum untuk menentukan klasifikasi objek kajian.

Induktif
· Juga dikenali sebagai istiqra’
· Satu cara menentukan principal umum berdasarkan fakta dan contoh yang terlibat.
· Bagaimana? Memerhatikan dan mengkaji data-data yang ada untuk menghasilkan satu kenyataan umum yang menerangkan hubungan antara objek/subjek yang dikaji.
· Contoh yang mudah : makanan asasi penduduk Malaysia adalah nasi, makanan asasi penduduk Thailand adalah nasi, makanan asasi penduduk jepun adalah nasi. Jadi kesimpulan yang dapat dibuat, makanan asasi bagi penduduk asia adalah nasi.
· Ringkasnya, Kajian percubaan kecil bagi memperolehi satu peraturan umum saintifik.

Sekarang kita beralih kepada ciri-ciri kaedah saintifik yang sepatutnya.
segalanya adalah terbuka kepada persoalan.
· Segalanya disini merujuk kepada hal-hal dunia. (seen matters)
· Ilmu saintifik(berdasarkan kemampuan akal manusia) adalah subjektif dan tidak tetap kerana hanya Allah yang All knowing.
bukti adalah berdasarkan pemerhatian.
· Bukan berdasarkan kekuasaan, tradisi atau ideology yang banyak berlaku di barat seperti sekarang.
· Bukti tersebut mesti sistematik, menyeluruh dan bermatlamat semampu yang mungkin. Yang mana kita ketahui tidak begitu di amalkan di barat. Contohnya menyusul selepas ini.

Jabir Ibn Hayyan: pakar kimia Islam ada menggariskan 7 peraturan pemerhatian yang menentukan kesahihan sesuatu teori.(but still Allah is All Knowing)
1.masa dan season (musim in my understanding) dipilih dengan cermat. Dari sinilah lahirnya kondisi yang tertentu bagi kajian yang dibuat.contohnya suhu bilik.
2.adalah terbaik jika makmal kajian berada dalam kondisi senyap dan private.
3.seseorang ahli kimia (umumnya ahli sains) mesti mempunyai sahabat yang boleh dipercayai.
4.beliau juga mesti mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan kajian.
5.sabar dan tidak gelojoh (tidak menyatakan keputusan selagi kajian belum sempurna)
6.Perseverance. Gigih. Tabah
7.tidak terpedaya dengan hasilnya sehingga mendesak beliau untuk membuat keputusan yang terburu-buru.

Berbalik kepada persoalan saya tadi. Adakah barat mengamalkan kaedah saintifik? Tidak dinafikan ada kajian mereka yang mematuhi syarat-syarat kaedah saintifik yang digariskan namun itu hanyalah tertakluk kepada kajian yang mudah sahaja. Kebanyakan darinya adalah kajian yang dapat diterima oleh seluruh umat manusia berdasarkan kemampuan akal yang ada. Namun bila menyentuh isu kajian yang melibatkan fahaman dan kepercayaan (dan mungkin beberapa aspek lain), para saintis barat mula melanggari prinsip-prinsip yang dibina. Contoh yang mudah, teori Darwin. Juga telah memulakan pertumbuhan ideology Darwinism. Evolutionist, Darwin dan beberapa sahabat karibnya telah menipu dunia dengan kepalsuan hasil ‘kajian saintifik’ mereka. Suatu ketika dahulu dia menggemparkan dunia dengan menyatakan penemuannya, satu rangka manusia yang menyerupai spesis Apes. Namun selepas 50 tahun, penipuannya terbongkar apabila hasil kajian archeologist mendapati mandible/jaws (rangka bawah @rahang) tersebut adalah kepunyaan seekor monyet.
Selain itu, jika ditinjau Darwin tidak mengikuti prinsip-prinsip kaedah pemerhatian yang telah digariskan. Antara yang ketara adalah dia mempunyai sahabat yang tidak dapat dipercayai(termasuk dirinya). Mengapa? Kerana mereka atheis. Sedangkan hukum alam (fitrah)yang paling utama tidak mereka percayai apakah patut mereka dipercayai? Dia juga bukan seorang yang sabar dalam kajian. Penipuannya jelas menunjukan dia adalah seorang yang gelojoh dan terburu-buru dalam membuat keputusan. Matlamatnya adalah nama dan kekayaan.
Namun kejelikan kajian ini masih mendapat tempat di mata umum. Masih ada golongan yang mempercayai fahaman ini (manusia dari beruk) sedangkan penipuannya jelas terbongkar. Inilah kuasa media massa barat…

Seterusnya menjawab persoalan kedua, tentang agama…

To be continued…

Friday

Kenapa tudung labuh?

Bagi sahabat-sahabat yang mengenali diri ini.Kali ini mungkin saya mengambil sedikit ruang dan luang masa untuk berkongsi perkara yang mungkin selama ini barangkali menjadi rahsia.(Allah saja yang tahu).Semoga ianya dapat memberi manfaat walau sedikit sekalipun. Insyaallah.

Jika sahabat2 masih utuh mengingati saya yang dahulu (dari segi penampilan) mungkin ada yang sudah mengerti apa yang ingin saya bawakan.

Tiga tahun yang lepas, waktu itu saya kira saya sudah baik. Menjadi salah seorang ahli Badan Pelajar Islam di sekolah sains adalah satu pengiktirafan buat saya.. Terasa diri sudah baik, sempurna dari segi akhlak. Ohh..betapa jahil pada waktu itu. Sedang realitinya tidak seperti yang diperkatakan. Berbekalkan tudung bawal segi tiga, berbaju kurung kadang-kadang, berstokin kartun meyakinkan saya akan nilai personality saya pada masa itu. Ahh..itu sudah cukup Islamic bagi saya. Tiada apa lagi yang perlu diubah. Cukup. Tidak timbul lagi persoalan aurat bagi saya. Alasan saya ada lagi manusia lain di sekolah itu yang kurang menjaga etika pakaian. (terutamanya pelajar perempuan..sangat jahil diri ini).

Menempuhi alam jemaah saya merasakan ada kekurangan yang amat dalam diri ini. Setiap kali berhadapan dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya bagaikan manusia yang rendah nilainya. Waktu itu saban hari saya menilai diri di sisi tuhan. Betapa banyak dosa yang telah saya lakukan. Sahingga hari ini perasaan itu mencengkam. Menyelimuti kesalahan-kesalahan lampau saya. Sebab itu, jikalau ada sahabat yang perasan saya kurang memberi sumbangan kepada jemaah dari sudut pentarbiyahan. Ia sesuatu yang sangat berat bagi saya. Sangat berat.

Setahun lebih dalam jemaah saya masih berbasi-basi untuk memakai tudung labuh atau tidak sehinggalah suatu hari saya membaca buku bertajuk ‘rabiatul adawiyah & cinta’. sungguh bertuah rasanya Allah telah memberi nikmat hidayat membuka pintu hati saya untuk melakukan hijrah tudung. Boleh saya katakan asbab buku yang diberi pinjam kak jie (nazirah) dengan izin Allah saya perkara itu bermula.

Pada mulanya saya akui agak sukar untuk istiqamah dalam perkara ini namun Allah lebih mengetahui kehendakNya. Saya cuba mencari dan mengkaji kelebihan bertudung labuh. Bukan tidak yakin akan hikmah yang tersedia ada namun lebih baik jika ada yang bertanya saya dapat turut memberi hujah logic yang senang dicerna akal.

Dua perkara yang secara zahirnya saya dapat setelah memakai tudung labuh adalah keselamatan dan kekuatan. Pernah suatu hari saya terpaksa keluar ke kuala Lumpur seorang diri kerana mempunyai urusan penting yang mesti diselesaikan. Mulanya timbul juga perasaan gusar akan keluar tidak berteman. Namun saya tekadkan juga hati. Bukan tiada yang ingin menemani tapi saya tidak sanggup menyusahkan mereka memandangkan masing-masing ada tanggungjawab lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Maha suci Allah, hari itu berlalu dengan damai. Sepanjang perjalanan itu saya merasakan keadaan yang sungguh berbeza dari apa yang ada difikiran pada mulanya. Saya berikan satu contoh, sewaktu berjalan merentasi kelompok manusia yang saya pandang pada kacamata saya tidak ‘sefikrah’ dengan saya(wallahualam). Pada agakan saya mungkin saya akan menempuh sesuatu yang kurang menyedapkan hati. (dikacau, dsb) namun sebaliknya yang berlaku. Alhamdulillah saya benar-benar rasakan perlindungan dari Allah S.W.T. Bagi saya itulah keselamatan dan ketenangan yang dijamin Allah.

Kedua, saya kira selepas saya memakai proper Islamic attire ini saya mendapat kekuatan yang sungguh luar biasa. Benarlah kata seorang ustaz ni. Pakaian memainkan peranan penting kepada individu. Bagi seorang muslim pakaian yang sempurna menjelaskan keyakinan individu itu bahawa dia seorang muslim. iman itu perkara hanya diri dan Allah yang tahu. Dari kerana itulah akhlak yang menjadi buah iman akan menjadi ukuran manusia lain akan tahap keimanan seseorang itu. Dan salah satu akhlak yang boleh dilihat adalah melalui pemakaian. Ini penelitian saya, baik dalaman baiklah luaran. Baik luar sahaja tidak semestinya sempurna dalaman. Berbalik kepada kisah saya, penampilan saya pada hari ini (yang mana boleh diperbaiki lagi) menjadi salah satu asbab kekuatan saya untuk terus berada dalam jemaah. Saya memang inferior apabila berada dalam meeting atau perjumpaan dsbnya tapi Alhamdulillah perasaan itu mampu saya sorokkan di sebalik hijab saya. Bi izinillah…

Ada beberapa sebab lagi yang tidak perlu saya ceritakan. Mungkin setakat ini perkongsian rahsia saya.

p/s : adik saya pernah cakap saya ni seorang extremis. =)

Tuesday

fasa permulaan

alhamdulillah setelah dua post yang lepas saya semakin jelas(lebih baik dari sebelumnya) dengan persyaratan blog. mungkin ada kalanya saya memang syok sendiri. tidak tahu arah tuju blog serta audiens yang saya ada. dan untuk itu saya telah mensyaratkan supaya blog saya dibahagikan dalam pembentukan beberapa fasa.
saya telah memilih untuk menjadikannya sebagai tiga fasa, fasa pengenalan(taarif), pembentukan (takwin) dan tanfiz iaitu pelaksanaan.

1.taarif
  • pengenalan tentang halatuju & skop blog melalui penceritaan pengalaman
  • perkongsian tentang kisah hidup yang mana saya kira boleh di manfaatkan pembaca.
  • perkongsian dari pembaca(kalau ada )
2.takwin
  • cubaan mengulas isu-isu kecil yang mana dapat memberi manfaaat
  • kajian tentang kelemahan dan kelebihan yang ada.
  • ....dan beberapa perkara yang dirasakan perlu.
3.tanfiz
  • er..rasanya bukan sekarang saya bagitahu..
insyaAllah. semoga perancangan ini selari dengan perancangan Allah. dan sokongan dan tunjuk ajar dari akh & ukhtie sekalian amatlah diharapkan. terima kasih

p/s : terharu dengan ukwah kita. harap ianya sudah sampai fasa tanfiz

Friday

Sensiviti cinta perubatan

Baru-baru ini setelah sekian lama saya tidak menjengah rancangan televisyen terdetik untuk turut serta bersama keluarga menonton sebuah drama bersiri saya kira, bertemakan kehidupan pelajar kuliah perubatan saya simpulkan drama ini amat ‘mengguris’ sensiviti kelompok pelajar perubatan yang waras itu sendiri. Maaf saya katakan, jika filem pendek fitna itu menghina Islam dalam konteks penyalahtafsiran ayat-ayat Qurannya,drama ini pula bagaikan menipu para penonton dengan membawa tema yang bagi saya tidak mengangkat mahasiswa itu sendiri.

Pada kacamata saya, drama ini tidak lebih hanya sebagai hiburan yang melalaikan penonton lebih-lebih lagi mahasiswa itu sendiri. Manakan tidak, sebagai contoh ada satu babak di mana seorang pelajar perubatan perempuan ingin membunuh diri ekoran kecewa dengan sikap teman lelakinya yang tidak memahami perasaannya. Lantas saya masih bersangka baik dengan mengandaikan itu mungkin adengan sampingan sekadar menyedapkan cerita namun sangkaan saya meleset. Plot cerita nya meleret2 meneruskan tema percintaan ’budak2 hingusan’ yang diselangi rajuk, tangis dan kecil hati. Tidak ampuh untuk saya meneruskan sinopsisnya. Memualkan.

Terus terang Saya sangat terkilan dengan drama ini. Kerana ianya sangat berbeza dengan dunia reality. Saya mempunyai sahabat yang mengambil jurusan perubatan. Benar saya tekankan di sini kehidupan mereka sangat berbeza dari yang dipaparkan di layar TV. Jadual mereka hanya di penuhi belajar, berpersatuan, dan mungkin sesekali bersama kawan-kawan. Itu pelajar yang biasa. Lagi saya ceritakan, ada yang kehidupannya mengalahkan menteri. Rehat bagaikan mimpi kerana seluruh hari diwakafkan untuk berjihad. Akademik dan dakwah menjadi tujuan. Tiada masa sekelumit pun untuk memikirkan isu remeh seperti cinta monyet (seperti di dalam drama), persoalan terasa hati dengan kawan(merajuk kerana tidak berteman) bukanlah isu utama kerana tumpuannya terfokus kepada masalah umat.

Saya tidak memahami bagaimana modal insan yang diwarwarkan dapat wujud andaikata mahasiswa Malaysia seperti yang ditonjolkan. Tidak sanggup dan tidak rela untuk saya bermenterikan manusia yang lemah, lembik, hampeh dan tidak berjiwa besar seperti dalam plot cerita. Bagaimana nanti persediaannya untuk terjun ke dunia profesionalisma juga masih saya ragu-ragukan. Sedih. Kecewa.

Sebetulnya bukan drama ini sahaja yang menjadi tumpuan saya. Namun boleh saya simpulkan secara umumnya saya ingin menegur pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang penyiaran khususnya yang mengendalikan dan menyusun program2 di kaca TV. Fikirlah. Hampir 25 juta rakyat yang menonton rancangan produksi Malaysia apa yang akan mereka dapat? Membazirkan. Saya tidak mengatakan semuanya namun kebanyakan daripadanya. Lebih separuh saya kira.

Nasihat saya untuk pengarah-pengarah tidak kira filem , drama atau sebagainya. Jangan jumudkan fikiran, sempitkan hati, kolotkan idea lagi. Sedarlah, bangsa lain sudah mara ke depan. Masing2 membawa mesejnya tersendiri dalam menghasilkan sesuatu filem. Ada yang menyebarkan fahaman, ideology melalui layar perak. Jangan lagi umat yang mengaku beragama Islam tetapi merosakkan Islam itu sendiri. Sekurang-kurangnya gunakan kepakaran kamu untuk menyebarluaskan dakwah itu sendiri. Jangan nanti ibarat sudah terhantuk baru terngadah.

p/s : terkilan dengan drama cinta medik

mencari keredhaan Allah?

Tidak lengkap kiranya memulakan entry pertama saya tanpa mengucap syukur kepada maha pencipta sekalian Alam. terasa diri ini kerdil dalam himpitan suara dan pena aktivis alam maya masakini. maklumlah hari ini baru terdetik diri ini untuk turut sama turun ke medan jihad cyber ini. terasa kaku dan kekok bila memikirkan bloggers lain yang lebih senior. rasa cemburu melihat ramai sahabat yang sudah lama menceburi medan ini namun setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Berhari-hari diri saya mempersiapkan diri sebelum mengambil keputusan memulakan karier jihad baru ini. ahh, berbulan rasanya. satu perkara yang menjadi kerisauan saya tatkala terdetik hati ingin memulakannya.."adakah kebebasan bersuara di alam blog ini mampu meneroboh niat saya untuk mencari keredaan Allah?" saya turut terkesan andaikata ada suara yang menuduh pembloggers adalah manusia yang tidak berpijak di bumi yang nyata. hanya tahu meluahkan apa yang trbuku di hati tanpa memikirkan kesannya samaada jangka masa panjang atau untuk jangka masa pendek.lagi, mereka adalah sumber kekacauan dan pemecahbelah perpaduan bangsa di malaysia tatkala di kaitkan dengan isu PRU baru-baru ini. tuduhan itu bagi saya kelihatan adalah tidak berasas. tambahan gelaran yang tidak sepatutnya dilontarkan oleh pemimpin negara(belum layak menjadi pemimpin) kepada segelintir pembloggers menambahmualgelikan perasaan saya.
saya tidak suka untuk menyentuh isu-isu lama untuk dijadikan hujah atau dakwaan.
kembali kepada tujuan. saya memandang perlu ada suara-suara yang menegur pihak yang bertanggungjawab yang mana susah untuk dirapati. maklumlah mereka selalunya sukar untuk mendengar teguran dari bawah.karenah birokrasi pula semakin menutupi suara-suara lemah rakyat. jadi mungkin suara teguran keras dari alam maya yang tidak bernama ini mampu terus sampai ke gegendang telinga tegar mereka.
(teringat cerita pak mat tempe dalam seniman bujang lapok =)...)
mungkin setakat ini untuk permulaan..